saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 29/12/2005

Setahun di Kosovo tinggalkan banyak pengalaman

Mempunyai kerja tetap, gaji boleh tahan tingginya, tetapi mengapa masih hidup membujang? Pada usia mencecah 49 tahun, pegawai polis ini sepatutnya sudah mempunyai keluarga sendiri.

Namun Pegawai Turus Zon Utara, Bahagian Pelucuthakan Harta Jabatan Narkotik Bukit Aman, Supritendan Eiap Eng Kian tidak pernah mengeluh, sensitif atau malu dengan hakikat itu.

Malah secara terbuka beliau memberitahu penulis bahawa dirinya masih solo.

Eng Kian yang telah 26 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) kelihatan bahagia hidup sendiri bertemankan kerjaya.

“Hidup saya tak pernah sunyi kerana saya sentiasa sibuk dengan tugas. Bila ada waktu lapang saya akan melawat ayah, Eiap Thian Cheng dan adik-beradik lain,” kata anak ketiga daripada empat beradik ini. Ayahnya telah berusia 90 tahun.

Mesra dengan panggilan Ah Kian di kalangan keluarga, beliau menafikan kesibukan tugas sebagai pegawai polis menyebabkan beliau tidak berkesempatan mencari teman hidup.

“Bukan sebab sibuk bekerja tapi belum ada jodoh.

“Tapi jangan ingat saya ini memilih pula,’’ ujarnya.

Sebelum menyertai pasukan polis, anak bekas pegawai kastam ini pernah bertugas sebagai guru selama dua tahun di Kelantan.

Minat mendalam untuk menjadi anggota polis menyebabkan beliau memohon sebagai Inspektor Percubaan pada tahun 1978.

Berjaya dalam temu duga, beliau kemudian menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur dan diserapkan dalam Pasukan Polis Marin di Muar, Johor pada tahun 1979.

Sepanjang 20 tahun bertugas dalam Polis Marin, beliau telah menunjukkan kesungguhan dan dedikasi tinggi hingga dinaikkan pangkat dua kali iaitu sebagai Asisten Supritendan pada tahun 1994 dan Deputi Supritendan (1999).

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah semasa operasi menyelamat lima nelayan di sempadan perairan Sarawak-Indonesia pada tahun 1995 dan mencari empat anggota bawahan beliau yang hilang ketika bertugas mengiringi penceroboh di kawasan Pulau Redang, Terengganu.

Beliau juga tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran dan telah mengikuti pengajian ijazah undang-undang di University of London pada tahun 1992 hingga 1996.

Pada 1999, Eng Kian mengikuti kursus Diploma Sains Polis dan selepas tamat beliau diserapkan ke Bahagian Pelucuthakan Harta di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Tiga tahun selepas itu, beliau dihantar mengikuti Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Kosovo bermula pada Disember 2002 hingga Disember 2003.

“Selama setahun di Kosovo, saya dapat mempelajari serba sedikit budaya hidup masyarakat di sana.

“Paling membanggakan ialah masyarakat di sana begitu menghormati dan paling mesra dengan pasukan pengaman dari Malaysia.

“Mereka juga melahirkan rasa kagum dengan pasukan dari Malaysia yang berbilang kaum tetapi dapat bersatu dan bekerjasama di bawah satu pasukan,’’ ujar beliau yang dilahirkan di Kampung Kastam, Larkin, Johor Bahru.

Pulang dari Kosovo, Eng Kian ditugaskan di bahagian pentadbiran Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Beberapa bulan kemudian beliau ditukarkan ke Bahagian Pelucuthakan Harta sebagai Pegawai Turus Luar Negeri dan pada Disember 2004 dinaikkan pangkat Deputi Supritendan dan bertugas sebagai Pegawai Turus Zon Utara hingga kini.

Antara sumbangan beliau ialah membantu pasukannya menyita harta seorang ahli perniagaan yang diberkas kerana terlibat dalam sindiket pengedaran dadah. Nilai harta yang disita itu ialah RM10 juta.

Beliau juga terlibat menyita harta bernilai RM4 juta milik seorang ahli perniagaan yang menyalahgunakan premisnya untuk kegiatan menjual dadah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.