saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 30/12/2005

Ezzah Aziz Fawzy pakai tudung baca berita

SEPANJANG 18 tahun bertugas di TV3, Ezzah Aziz Fawzy telah melakukan pelbagai kerja antaranya sebagai wartawan siaran dan pengacara beberapa program terbitan stesen televisyen tersebut.

Bagaimanapun, personaliti berusia 42 tahun ini mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila muncul sebagai pembaca berita TV3 yang pertama memakai tudung.

Menurut Ezzah, penampilan imej barunya pada tahun 1998 itu mendapat reaksi yang positif daripada para penonton TV3.

“Kali pertama saya muncul membaca berita di TV3 dengan memakai tudung berwarna hitam ialah pada 1998. Ramai yang terkejut dengan penampilan baru saya itu.

“Kebanyakan penonton termasuk yang bukan Melayu juga menyambut baik perubahan imej baru saya.

“Ada penonton kaum Cina, misalnya, yang menghubungi saya dan meminta supaya saya menukar warna tudung setiap kali muncul di kaca TV dan tidak hanya tertumpu pada warna hitam,’’ kata Ezzah sambil ketawa kecil sewaktu mengenang kembali saat-saat manis itu.

Jelas Ezzah, hatinya terbuka untuk memakai tudung sekembalinya daripada mengerjakan ibadat haji di Mekah bersama ibu dan suaminya pada 1998.

Bagi ibu kepada lima orang anak ini, bertudung ternyata tidak menghalangnya untuk membina karier yang cemerlang bersama stesen TV swasta terbabit.

Hakikat itu dapat dilihat apabila anak kelahiran Kluang, Johor ini diberi kepercayaan menjawat pelbagai jawatan di TV3.

Terbaru, Ezzah dilantik sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan bagi program Wanita Hari Ini (WHI) dan Malaysia Hari Ini (MHI).

Sebelum itu, selain mengacarakan program WHI, Ezzah juga merupakan Pengurus Program Wanita (Siaran Langsung) bagi dua program itu.

“Dengan pelantikan itu, saya tidak lagi mengacarakan WHI. Tugas baru saya yang akan bermula pada Januari ini lebih bertumpu soal publisiti dan penajaan,’’ ujarnya.

Ternyata dunia penyiaran yang diceburi oleh pemegang ijazah sarjana dalam bidang komunikasi dari Indiana State University, Amerika Syarikat ini banyak meninggalkan kenangan manis buat dirinya.

“Antaranya, semasa mengacarakan WHI saya berpeluang menemu bual bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad,’’ katanya lagi ketika ditemui di kediamannya di Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini.

Selain menjadi pengacara WHI, Ezzah juga pernah mengacarakan program-program hebat terbitan TV3 seperti Majalah 3 dan Nona.

BIODATA

Nama penuh: Ezzah Aziz Fawzy

Tempat lahir: Kluang, Johor

Umur: 42 tahun

Status: Sudah berkahwin

Suami: Ahmad Rezal Mohd. Esa, 49

Anak: Fatin Rezal, 15, Akif Rezal, 13, Amanna Rezal, 12, Farhan Rezal, 10, dan Alya Rezal, 4

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.