saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 31/12/2005

Noordin Sopiee selamat dikebumikan


KUALA LUMPUR 30 Dis. - Jenazah Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Tan Sri Dr. Noordin Sopiee selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini hari ini.

Jenazah Allahyarham sebelum itu dibawa dari rumahnya di No. 3, Jalan Jejawi, Bukit Bandaraya, Bangsar dan disembahyangkan di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar di sini kira-kira 1.30 petang.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Shafie Salleh dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin serta beberapa kenamaan lain menziarahi jenazah Allahyarham.

Turut hadir pada majlis pengkebumian ialah isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd. Dzaiddin Abdullah; bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar; bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Noordin, 61, meninggal dunia akibat kanser tiroid di Pusat Perubatan Intan Gleneagles, Jalan Ampang di sini pada pukul 3.50 petang semalam.

Allahyarham meninggalkan isteri Puan Sri Shamsiah Hashim dan tiga orang anak lelaki, Johan Arifin Sopiee, Shamsul Arifin Sopiee dan Amirul Arifin Sopiee.

Noordin menjadi Ketua Pengarah ISIS sejak 1984 hingga 1994, sebelum dilantik sebagai Pengerusi ISIS.

Noordin yang meminati bidang kewartawanan, pernah bekerja sebagai wartawan New Straits Times sejak 1972 sebelum dinaikkan pangkat menjadi Ketua Editor kumpulan syarikat akhbar itu pada tahun 1983.

Difahamkan Allahyarham menerima rawatan di Singapura selama empat bulan sebelum menerima rawatan susulan di pusat perubatan itu dua minggu lepas.

Allahyarham yang dilahirkan pada 26 Disember 1944 di Pulau Pinang merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam bidang ekonomi dan politik antarabangsa.

Sementara itu, Amirul Ariffin berkata, beliau bagi pihak keluarganya mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menziarahi jenazah bapanya.

``Semoga kita bersama-sama mendoakan rohnya agar dicucuri rahmat,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.