saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 05/01/2006

Dang Dang Dut 3 buktikan dangdut masih diminati


BARISAN penyanyi yang menjayakan album Dang Dang Dut 3 yang terdiri daripada (berdiri dari kiri) Sheeda, Shikin, Mas Idayu dan Anisa selain Iwan dan Haiza (depan).


SIAPA kata irama dangdut sudah berkubur? Irama dangdut biarpun tidak lagi menguasai pasaran seni tanah air namun penyanyi-penyanyi aliran itu masih lagi aktif.

Penyanyi dangdut seperti Haiza, Mas Idayu, Sheeda, Shikin dan Iwan masih lagi mendapat undangan mengadakan persembahan di majlis-majlis korporat dan kerabat diraja.

Malah album terbaru mereka, Dang Dang Dut 3, yang turut menampilkan penyanyi baru Anisa telah berjaya dijual melebihi 10,000 unit.

Walaupun album terbitan Iwan daripada E-Wan Entertainment yang menampilkan lagu-lagu dangdut yang pernah popular suatu waktu dulu belum lagi berada di pasaran secara rasmi, pencapaiannya amat menggalakkan.

Setakat ini album tersebut dijual secara langsung kepada badan-badan korporat menerusi majlis yang dianjurkan oleh Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah (P-Bank) yang dinaungi oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

Menurut Iwan, RM5 daripada setiap unit album yang dijual pada harga RM35.90 akan disalurkan kepada P-Bank.

“Melihat pada perkembangan jualan album, saya berasa gembira kerana lagu-lagu dangdut masih lagi mendapat perhatian. Pada saya kerjasama kami dengan P-Bank banyak membantu penjualan album ini.

‘’Cuba bayangkan dalam keadaan jualan album di Malaysia suram, album Dang Dang Dut 3 berjaya dijual dalam jumlah yang memberangsangkan. Kalau boleh kami mahu jualan album itu terus meningkat agar kami boleh menyumbang sebanyak RM1 juta kepada P-Bank,’’ kata Iwan.

Menurut Iwan, artis yang terbabit dalam album itu bukan sekadar menyumbang suara, malah mereka turut menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh P-Bank seperti melawat mangsa-mangsa tsunami di Kedah.

Kunjungan itu memberi keinsafan dan menguatkan semangat mereka untuk terus berbakti.

Sheeda yang turut mendendangkan lagu Selamat Jalan Romeo (penyanyi asal Ramlah Ram) berkata, projek yang diusahakan bersama P-Bank patut dicontohi oleh badan-badan korporat yang lain.

‘’Siapa yang tidak seronok bila jualan album meningkat. Dalam perkara ini bukan soal royalti yang difikirkan tapi sumbangan yang disalurkan. Kalau ramai yang membeli album ini bermakna semakin banyaklah sumbangan yang boleh kami salurkan.”

Sementara itu, Mas Idayu yang sebelum ini dikatakan ‘perang dingin’ dengan Iwan menolak dakwaan dia enggan terlibat dalam album itu.

Dia yang lebih senang bekerja secara solo, bagaimanapun, tertarik untuk menjayakan album Dang Dang Dut 3 kerana tersentuh dengan apa yang dilakukan oleh P-Bank.

‘’Sejak dulu Ayu lebih senang bergerak solo. Bila Iwan beritahu album ini adalah projek khas untuk membantu mangsa-mangsa tsunami, Ayu tidak fikir banyak. Pada Ayu, jika Ayu tidak boleh memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit, memadailah dengan menghulurkan tenaga,’’ katanya yang berduet dengan Iwan menerusi lagu Berdayung Cinta.

Mas Idayu turut menyangkal pandangan orang ramai yang mengatakan irama dangdut adalah muzik kelas dua.

Katanya, kalau betul irama dangdut dilabelkan kelas dua kenapa syarikat korporat masih lagi mengundang mereka mengadakan persembahan.

‘’Bagi Ayu, muzik tidak ada kelas satu atau dua, semuanya sama. Hanya manusia yang membezakannya. Marilah kita menjadikan muzik sebagai medium untuk membantu mereka yang kurang upaya,’’ katanya.

Penyanyi Anisa atau nama sebenarnya Anis Hazwani Rusdi, 19, yang wajahnya sekali pandang mirip Amelina melahirkan perasaan syukur kerana dipilih menyertai artis lain dalam album Dang Dang Dut 3.

Anisa yang merupakan anak didik Adnan Abu Hassan sebelum ini lebih cenderung kepada irama R & B balada.

“Pada saya album ini adalah ujian adakah saya boleh menyanyi irama dangdut atau tidak. Setakat ini saya tidak ada masalah menyanyikan lagu dangdut. Saya ingin menyanyi irama ini kerana tidak ramai penyanyi baru berminat untuk menyanyi dangdut. Saya harap saya tidak dibandingkan dengan penyanyi dangdut lain,’’ katanya.

Lain-lain lagu yang terdapat dalam album Dang Dang Dut 3 ialah Cubaan Illahi, Benang Biru (Iwan), Semakin Sayang (Iwan & Anisa), Mati Aku (Mas Idayu), Tung Keripit (Iwan), Gara-Gara Malam Minggu (Haiza & Shikin), Cinta Rekaan (Anisa), Gadis Melayu (Iwan), Rindu Berat (Sheeda), Yang Sedang-Sedang (Shikin), Terlena (Haiza) dan Ada Cinta (Anisa).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.