saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 05/01/2006

2 direman bantu siasatan kes bunuh Mak Wan

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Dua rakyat Indonesia yang dipercayai dapat membantu menyelesaikan kes pembunuhan Mak Wan Ayob, 74, ibu kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Khairudin Abdul Samad ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Jurucakap polis berkata, kedua-dua suspek yang merupakan pembantu rumah kepada adik perempuan Khairudin berusia 28 tahun serta teman lelakinya, 20, dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi tadi untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Menurutnya, perintah tersebut dikeluarkan oleh Majistret Azniza Mohd. Ali.

``Kedua-dua rakyat Indonesia itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,'' katanya.

Ujarnya, mereka (suspek) ditahan semalam iaitu kira-kira lima jam selepas mayat Mak Wan ditemui.

Katanya, polis turut menemui barang-barang kemas yang dipercayai dirompak dari rumah adik perempuan Khairudin.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi upacara pengkebumian Allahyarham Mak Wan yang disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa selepas solat Zuhur di sini hari ini.

Turut menghadiri upacara pengkebumian itu ialah anak, cucu, saudara mara, rakan sekerja serta jiran terdekat Allahyarham dan Khairudin.

Menurut Khairuddin, jenazah ibunya selamat dimandikan di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas proses bedah siasat selesai kira-kira pukul 3 pagi tadi.

``Solat jenazah diadakan di masjid HKL dan disembahyangkan semula di Masjid Mu'adz bin Jabal di Taman Setiawangsa,'' katanya ketika ditemui di tanah perkuburan di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai penangkapan kedua-dua suspek Khairuddin memberitahu, beliau bersyukur kerana pihak polis berjaya memberkas mereka.

``Kita serahkan perkara ini kepada polis untuk menjalankan siasatan.

``Bagaimanapun saya berterima kasih kepada pihak polis kerana bersungguh-sungguh menjalankan siasatan sehingga berjaya menangkap kedua-dua suspek,'' ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.