saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 10/01/2006

Castello paparkan hero macho dan adegan spektakular

Jika penonton masih ingat, nama Castello adalah nama watak seorang penjahat yang pernah muncul dalam filem Gerak Khas (Yusuf Haslam). Watak tersebut kembali dalam filem ini, tetapi filem Castello bukanlah sekuel kepada Gerak Khas. Sungguhpun watak Castello merupakan spin-off daripada filem Gerak Khas dengan mengembalikan beberapa ciri khas Castello seperti berkepala botak, tetapi suasana dan perwatakannya sudah jauh berbeza.

Daripada beberapa buah filem yang diarahkan oleh Bade Azmi sebelum ini seperti KL Menjerit dan Gangster, kita akan dapat mengesan bahawa dia adalah pengarah yang menekankan aspek spektakular dalam adegan klimaksnya. Dan aspek spektakular ini lebih menekankan hubungannya dengan penggunaan kenderaan seperti kereta atau motosikal. Dalam filem KL Menjerit bintang utamanya adalah motosikal dan dalam Gangster bintang utamanya adalah kereta. Dalam kedua-dua buah filem kita melihat perlumbaan kenderaan ini di jalan-jalan di tengah bandar raya Kuala Lumpur sebagai elemen spektakularnya. Sungguhpun aksi kejar- mengejar kereta juga bukanlah elemen baru dalam filem Melayu, tetapi Bade telah melakukannya secara lebih spektakular berbanding dengan filem-filem Yusuf Haslam umpamanya yang lebih mementingkan aksi keras yang penuh dramatik di akhir filemnya.

Bagaimanapun, filem-filem ini yang lebih menekankan aksi spektakular telah memberikan kesan sebaliknya kepada kekuatan naratifnya. Sebab itulah ada yang melihat filem-filem yang sedemikian ini mementingkan penonton merasai kesan spektakular yang memberikan ruang berfantasi daripada membawa penonton melihat aspek reality.

Malah penekanan ke atas kesan impak dan kesan emosi visual menyebabkan sebahagian penganalisis menganggap filem-filem sedemikian sudah tidak lagi mementingkan jalan cerita yang kuat. Pendekatan yang sedemikian ini telah berkembang dalam banyak filem aksi-thriller Hollywood pada dekad 1980-an dan 1990-an. Malah pendekatan yang sedemikian ini juga sebenarnya dilihat sebagai pemisahan antara naratif klasik Hollywood dan naratif baru Hollywood.

Dalam Castello tumpuan cerita adalah pada watak Castello (Rosyam Nor), gelaran yang diterimanya semasa menjalani hukuman penjara 20 tahun kerana menyeludup dadah, tetapi kenapa dia digelar Castello dalam penjara tidak pula dijelaskan. Nama sebenarnya adalah Solo (watak Castello muda ini dilakonkan oleh Zain Ruffedge) yang tinggal di sebuah pekan di Sungai Golok.

Di pekan sempadan dengan Thailand inilah Solo menjalankan kerja-kerja jenayah kecil-kecilan seperti menyeludup. Dia berkenalan dengan gadis Thai bernama Chalita (semasa kecil dimainkan oleh Nur Emy Nadia dan apabila dewasa dimainkan oleh Erra Fazira) dan berkahwin dengannya. Tetapi apabila Chalita mengandung, Solo tertangkap semasa membuat kerja penyeludupan lalu dipenjarakan. Jadi, Bade hanya menggunakan nama Castello tetapi memberikan perwatakan yang berbeza dengan Castello dalam Gerak Khas.

Castello adalah seorang bekas penjenayah yang telah menyesali kesilapan masa lampaunya, insaf dalam penjara kerana didakwahi oleh teman penjenayah dan kemudian berusaha kembali untuk menjadi suami dan bapa yang penyayang.

Filem ini mempunyai plot yang lurus dengan matlamat yang jelas bagi watak utamanya iaitu ingin menyelamatkan anak gadisnya Phim (Nur Emy Nadia) daripada sekumpulan penjenayah yang diketuai oleh Sepet (Que Haider) dan juga membalas dendam atas kematian isterinya akibat perbuatan orang-orang Sepet.

Daripada watak Castello yang kelihatan dalam dilema sewaktu baru keluar daripada penjara, watak itu berubah dengan matlamatnya yang jelas apabila filem menuju kepenamat cerita.

Bagaimanapun, matlamat ini sebenarnya tidaklah memerlukan nilai macho yang ada pada Rosyam Nor itu. Motivasi psikologi yang menguasai watak Castello hanya perlu penyelesaian yang mudah dan lurus (hal ini dapat dilakukan jika Castello yang telah insaf itu melibatkan bantuan polis, tetapi polis tidak dilibatkan walaupun polis hadir semasa kematian Chalita dan Castello bertindak sendiri), tetapi filem ini mempunyai dua plot selari iaitu plot romantis yang mengiringi Castello dan plot ganas yang melingkari watak Sepet.

Kedua-dua watak ini bersaing yang mana memerlukan Castello menewaskan Sepet dan akhirnya meminggirkan plot romantis filem ini. Tindakan ini yang memungkinkan Bade akhirnya menyuntik elemen spektakular ke dalam plot filem ini iaitu adegan kejar- mengejar kereta dan skuter air (betapa adegan ini kelihatan begitu diatur jelas pada kenderaan sport yang digunakan jelas berbeza dengan kereta-kereta lain di jalan raya serta telah sedia terletak di jalan raya tengah bandar raya Kuala Lumpur dan skuter air itu entah dari mana datangnya).

Dalam membentuk dua aliran plot ini, watak Sepet bukan hanya menjadi penghalang dan komplikasi kepada watak hero, tetapi membentuk plot dengan matlamat yang bersilang antara satu sama lain. Kedua-dua watak ini membentuk kontradiksi, kontras dan akhirnya saling memperlengkap dalam mencapai matlamat filem ini.

Castello yang dianggap hebat dan ditakuti memerlukan Sepet yang ganas dan licik supaya mereka dapat bersaing dan pertembungan mereka akan dapat menonjolkan kehebatan dan macho Castello.

Sungguhpun Bade berusaha untuk memberi tumpuan kepada adegan spektakular (yang menjadi ciri-ciri filem arahannya) seperti kejar-mengejar kereta dan skuter air serta adegan tembakmenembak dan pergaduhan, bagaimanapun adegan-adegan ini terasa agak kurang tenaganya. Apatah lagi ia adalah adegan-adegan yang ‘diulang’ daripada filem-filem Bade sebelum ini.

Barangkali hal ini dapat diatasi jika Bade memberi tumpuan sama berat dalam memastikan kekuatan naratifnya supaya ada keseimbangan antara naratif dan adegan spektakularnya. Secara keseluruhannya di sebalik beberapa kelemahan, filem ini masih menghiburkan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.