saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/01/2006

Jiwa Nash setelah lapan tahun bergelar ayah tunggal

BUKAN senang menguruskan sebuah keluarga tanpa insan tersayang di sisi. Berkat kesabaran dan kekuatan sahaja yang mampu membuatkan seseorang itu bertahan. Siapa sangka bekas penyanyi Lefthanded, Nash atau nama sebenarnya Nashrudin Elias, 42, telah lapan tahun bergelar bapa tunggal menguruskan segala-gala keperluan keluarga secara sendirian.

Menceritakan pengalamannya bergelar bapa tunggal, sambil tersenyum Nash berkata: “Tuhan beri saya kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama anak- anak saya. Lagipun anak-anak dah besar dan senang nak jaga.”

Kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Nash terpaksa menggalas dua tanggungjawab sekali gus bagi menjamin kehidupan anak- anaknya terjaga. Dia sanggup berdepan apa sahaja dan bersusah payah untuk mereka.

“Saya cuba buat yang terbaik untuk mereka dan saya bersyukur Allah s.w.t. sentiasa bersama,” kata penyanyi yang popular dengan lagu Ku Di Halaman Rindu ini.

Menurut Nash, kesunyian tidak pernah bersarang di hatinya. Kehadiran empat orang anaknya iaitu Fareena Nasha, 18, Najeeha Nasha, 15, Mohamed Shameer Nasha, 11, dan Jasmen Hanis Nasha, 10, sentiasa menceriakan kehidupannya.

Bagi Nash, walaupun sudah sekian lama menjalani hidup sebagai ayah tunggal dia belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga.

“Anak-anak penghibur saya. Kehadiran mereka membuatkan hidup saya ceria dan sehingga kini hati saya hanya milik mereka.

“Bagaimanapun, jika suatu hari nanti takdir menemukan jodoh untuk saya, saya tidak akan menolak,” akui Nash terus terang.

Penyanyi bersuara serak-serak basah ini bakal menghasilkan album solo keempatnya yang dijangka menemui peminat pada pertengahan tahun ini.

Nash sendiri menjadi penerbit eksekutif album yang akan dihasilkan menggunakan perbelanjaan sendiri itu.

Kedudukan tersebut memberikannya peluang untuk memilih komposer dan penerbit yang pernah bekerja dengannya.

“Album ini lebih kepada album tribute untuk diri saya. Saya telah menyenarai pendek komposer yang akan bekerjasama dengan saya. Kini proses penghasilan album tersebut masih dalam peringkat pemilihan lagu. Sudah ada empat lagu yang dipilih,’’ katanya.

Album itu masih mengekalkan konsep rock kerana, bagi Nash, konsep tersebut merupakan trademark dirinya yang sudah dikenali peminat.

“Saya memang telah dikenali sebagai penyanyi rock. Karier nyanyian saya dari dulu lagi memang sinonim dengan lagu-lagu rock. Takkan saya nak buat album jazz pula, tentu tak kena.

“Walaupun saya pernah menyanyikan lagu-lagu asli dan balada tetapi untuk album terbitan saya sendiri, saya mahu memenuhi permintaan peminat-peminat saya,’’ tegas Nash.

Pada masa ini Nash sibuk dengan promosi album kompilasi Semangat Zaman 11 yang menampilkan enam rocker dalam satu album terbitan Power Records Sdn. Bhd..

Album tersebut telah pun berada di pasaran sejak Disember lalu.

Ketika ditanya tidakkah terdetik di hatinya untuk menghasilkan album bersama kumpulannya, sambil tersenyum Nash berkata: “Saya berharap dapat bergabung semula dengan Lefthanded dan dapat menghasilkan sebuah album dan konsert yang besar bersama mereka. Itulah harapan saya.’’

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.