saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 12/01/2006

Elak masalah skim Tekun berulang


Jawatankuasa Penstrukturan Semula Hutang Korporat (CDRC) ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah hutang badan-badan korporat. Akibat kemelut kewangan tahun 1997 banyak syarikat korporat memilih untuk mendapat perlindungan di bawah seksyen 176 Akta Syarikat. Akibat seksyen 176 ini yang lebih merugikan institusi-institusi kewangan, Bank Negara telah masuk campur untuk menangani masalah ini.

Penubuhan CDRC yang kemudiannya diikuti dengan Danaharta dan Danamodal telah banyak membantu menyelesaikan masalah hutang badan-badan koporat. Sehinggalah pemansuhan CDRC pada tahun 2002. Sehingga Jun 2001, CDRC telah berjaya menyelesaikan 37 kes hutang syarikat-syarikat korporat daripada 75 kes dengan nilai RM28.5 bilion daripada jumlah keseluruhan hutang RM47.4 bilion.

Jawatankuasa penstrukturan Semula Hutang Individu (PDRC) patut ditubuhkan untuk menangani masalah hutang individu. Masalah tanggungan hutang dan kegagalan mengurus kredit dengan baik dihadapi oleh tidak kurang daripada 1.72 juta orang Melayu yang telah dewasa dan pencari pendapatan yang aktif di Malaysia.

Adakah cara lain untuk membantu individu-individu kecil khususnya orang Melayu menyelesaikan kemelut hutang mereka. Masalah hutang jika tidak ditangani dengan baik seumpama kanser yang boleh merebak dan boleh menjahanamkan sosiobudaya sesebuah bangsa. Kekurangan pengetahuan dan prasarana pembiakan kemelut hutang yang terlalu mudah banyak membantu sesebuah masyarakat dan akhirnya sebuah bangsa menuju ke arah itu. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telah banyak perkara dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Antara perkara khusus yang dilakukan oleh kerajaan untuk menangani masalah ini adalah dengan penubuhan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun), iaitu sebuah syarikat khususnya untuk membantu usahawan-usahawan kecil Melayu mendapat modal dengan mudah bagi melaksanakan sesuatu perniagaan. Dengan lain perkataan memberi suntikan wang untuk memajukan usaha niaga kecil-kecilan. Niat dan prinsip penubuhan Tekun patut dipuji dan seharusnya dihargai oleh orang Melayu. Bagaimanapun perlaksanaannya lain pula ceritanya. Rata-rata skim Tekun membiakkan budaya meminjam tapi tak tahu bayar di kalangan segelintir Melayu. Akhirnya untuk membayar pinjaman Tekun setelah didesak, ada pula yang menjurus kepada Ah Long. Fenomena ini harus dibasmi dan menyimpang jauh daripada hasrat kerajaan yang ingin menjauhkan usahawan-usahawan kecil itu daripada lintah darat tersebut. Skim Tekun sepatutnya mempunyai mekanisme menyimpan dan membayar secara serentak.

Memberi

Sesuatu pinjaman jika ditukar kepada alat pelaburan terlebih dahulu dan disandarkan untuk mendapat kemudahan overdraf akan memastikan pembayaran penuh hutang Tekun menerusi dividennya dan sekali gus mengajar usahawan-usahawan kecil berkenaan mengenai perbankan, menyimpan usaha mereka menerusi kemudahan overdraf serta alat pelaburan yang boleh memberi pulangan yang lebih menguntungkan. Selain daripada itu pihak Tekun pula telah dijamin pembayaran penuh pinjaman mereka menerusi pulangan dividen yang dipegang olehnya sebagai sandaran. Sayangnya mekanism berkenaan tiada dan pinjaman Tekun terus disalahgunakan sebagai subsidi kerajaan oleh peminjam-peminjam yang tidak bertanggungjawab dan tidak mengenang budi tersebut. Sehubungan dengan itu, pinjaman Tekun harus digantikan dengan sesuatu yang boleh menjamin wang kerajaan tidak hilang dan memberi manfaat kepada orang Melayu yang rata-rata menyokong kerajaan dalam usahanya untuk mempertingkatkan taraf hidup rayat.

PDRC patut ditubuhkan untuk menangani masalah ini. Dengan penubuhannya itu, rakyat khususnya orang Melayu bukan hanya terhutang wang ringgit kepada kerajaan malahan terhutang nyawa mereka khususnya untuk seramai lebih 1.72 juta orang Melayu yang sedang bermasalah. Tidak semua rakyat Malaysia pandai menyimpan ataupun dilahirkan kaya, meminjam untuk memenuhi pelbagai tuntutan adalah suatu kemestian. Tuntutan keperluan semasa, kenaikan harga barangan, tanggungan hutang, kecemasan, pendidikan anak-anak dan lain-lain telah memaksa mereka mengambil jalan mudah dengan meminjam seboleh-bolehnya tanpa mengira akibatnya.

Persoalannya apakah terdapat jalan penyelesaiannya? Jawapannya sudah tentu ada. PDRC dengan mekanisme penyelesaian yang kreatif dan inovatif boleh mengatasi masalah ini.

Matlamat

Bagaimanakah penyelesaiannya? Jawapannya adalah menerusi proses perancangan kewangan.

Perancangan kewangan adalah satu proses di mana seseorang individu merancang masa hadapan dalam memenuhi matlamat peribadi dan kewangan melalui pembangunan dan pelaksanaan perancangan kewangan yang menyeluruh. Secara ringkasnya ia adalah `kewangan korporat peribadi'. PDRC harus ditubuhkan berdasarkan kepada prinsip objektif pelanggan adalah asas pembentukan sesuatu pelan penyelesaian.

Asas perancangan kewangan adalah simpanan. Dengan adanya simpanan, seseorang itu boleh membentuk `platform' dengan mudah. Tetapi tidak ramai mempunyai tabiat ini. Peruntukan Tekun pada dasarnya boleh digunakan sebagai asas pembentukan platform (modal). Penubuhan platfom (modal) merupakan tonggak kepada perancangan kewangan yang menyeluruh.

- AZIZ IBRAHIM ialah Penasihat Pelaburan Berlesen di bawah Suruhanjaya Sekuriti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.