saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/01/2006

`Pinda perlembagaan jaga hak bukan Islam'


KUALA LUMPUR 17 Jan. - MIC meminta kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan sedia ada bagi memastikan hak orang bukan Islam di negara ini akan lebih terpelihara.

Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, pendirian yang diambil oleh parti itu adalah hasil daripada pertemuan dengan Majlis Perundingan Agama yang dianggotai oleh wakil agama Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh di pejabatnya semalam.

Katanya, beliau dan wakil setiap agama terbabit bercadang mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan lebih lanjut berhubung perkara tersebut.

``Selain wakil agama beberapa peguam turut bersama-sama di dalam pertemuan semalam dan saya telah mendengar beberapa pandangan daripada mereka.

``Pada akhir pertemuan kita telah sepakat bahawa satu tindakan yang lebih proaktif iaitu satu pindaan (Perlembagaan Persekutuan) perlu dilakukan dan jika kerajaan bersetuju ia boleh mengatasi masalah pada masa depan,'' katanya selepas majlis pertemuan dengan rakyat di ibu pejabat MIC di sini, hari ini.

Beliau buat pertama kali mengulas mengulas kontroversi kes pendaki Everest, Sarjan M. Moorthy atau Mohamad Abdullah yang memeluk Islam sebelum kematiannya tanpa pengetahuan isteri beliau yang masih beragama Hindu.

Ekoran daripada kontroversi itu beberapa pihak termasuk pertubuhan agama telah meminta kerajaan meminda perlembagaan negara supaya Mahkamah Sivil boleh mendengar perkara mengenai Islam apabila seorang daripada pihak terlibat bukan Islam.

Samy berkata, satu laporan mengenai perkara itu (pindaan) sedang dibuat dan apabila telah siap ia akan dikemukakan kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

``Saya juga akan membincangkan isu yang sama dengan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting serta beberapa menteri bukan Islam sebelum mesyuarat jemaah menteri esok.

``Menteri-menteri ini turut menjaga kepentingan orang bukan Islam dan saya mahu mendapat pandangan dari mereka,'' ujarnya.

Beliau berkata pandangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan itu seharusnya dijadikan satu jalan penyelesaian yang wajar dipertimbangkan oleh kerajaan.

``Jika tidak ia boleh menjejaskan perpaduan kaum di negara ini.

``Kita mahu satu keputusan yang akhirnya kita bukan sahaja dapat duduk bersama setakat satu tahun atau dua tahun tetapi untuk selama-lamanya,'' ujarnya.

Ketika ditanya mengenai undang-undang yang dikatakan tidak memelihara hak orang bukan Islam beliau berkata, antaranya ialah keluarga bukan Islam tidak berpeluang untuk mengetahui ahli keluarga mereka yang masuk Islam.

``Satu masalah lagi ialah terdapat undang-undang Islam di negeri-negeri yang menetapkan seorang yang telah memeluk Islam secara automatik anak-anak mereka turut beragama Islam,'' ujarnya.

Dalam pada itu beliau turut menjelaskan pindaan yang dicadangkan itu tidak akan menjejaskan kedudukan Islam sebagai agama rasmi.

``Kita tahu Islam adalah agama rasmi tetapi kita mahu juga hak-hak orang bukan Islam sentiasa dipelihara supaya setiap masalah yang berbangkit dapat diselesaikan,'' tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.