saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 18/01/2006

6 direman kes bunuh eksekutif pemasaran


ENAM suspek yang dipercayai terlibat merogol dan membunuh Chee Gaik Yap dibawa ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani, semalam.



SUNGAI PETANI 17 Jan. - Enam lelaki dipercayai bekerja di sebuah kelab rekreasi di sini berusia antara 20 tahun dan 40 tahun ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes seorang eksekutif pemasaran, Chee Gaik Yap, 25, yang dipercayai dirogol sebelum dibunuh pada Sabtu lalu.

Perintah tahanan reman itu yang bermula hari ini dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Azizah Mahmud petang ini.

Enam lelaki yang diberkas di sekitar bandar ini ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Polis menjalankan siasatan terhadap enam lelaki itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 376 kanun yang sama.

Gaik Yap yang tinggal di Flat Paya Nahu di sini pada awalnya dilaporkan hilang ketika berjoging bersama adik perempuannya berusia 24 tahun di kawasan perumahan kelab rekreasi itu pada pukul 7 petang Sabtu lalu.

Adik mangsa dipercayai tidak dapat mengesan kakaknya yang berjoging di hadapannya dan keluarga mangsa yang gagal mengesan Gaik Yap selepas itu membuat laporan polis pada pukul 8.45 malam.

Bagaimanapun mayat mangsa ditemui dalam keadaan separuh bogel di luar pagar kelab rekreasi itu pada pukul 2.35 pagi Ahad.

Sementara itu, mayat Gaik Yap selamat dibakar di Watt Siam di Sungai Pasir di sini pada pukul 2.30 petang ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.