saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 18/01/2006

PNB modal bangsa ke tahap global

Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mensyaratkan bahawa dalam jangka masa terdekat pencapaian syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) haruslah ke tahap rantau Asia Tenggara sekurang-kurangnya. Maka jelas pelbagai usaha dan percubaan dilakukan oleh GLC antaranya dengan penjanamaan semula, pembelian syarikat luar negara, kerjasama strategik dan lain-lain lagi.

Persoalannya apakah perkara ini boleh membawa GLC tertentu ke tahap yang dimahukan dan benar-benar bertaraf rantauan mahupun dunia? Kos pelaksanaan sesuatu usaha itu, sudah pasti mencecah ratusan juta ringgit kalau tidak ribuan juta ringgit.

Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan jumlah pelanggan melebihi tujuh juta orang yang hampir keseluruhannya adalah berbangsa Melayu merupakan pangkalan data yang tiada nilainya.

Pengalaman PNB mengurus dana yang memberi pulangan yang menguntungkan setelah lebih 26 tahun sangat berguna dan disanjung tinggi. Keupayaannya menjana pulangan sedemikian telah menjadikan dana ASB sebagai antara dana yang terbaik di dunia. Apakah lain-lain perkara yang boleh dilakukan oleh PNB untuk meletakkannya di tahap dunia dengan apa yang dimilikinya sekarang? Jawapannya banyak.

Sebagai pengurus dana penganut yang terbesar di Malaysia jika tidak di rantau ini, kepakaran tersebut boleh dijadikan landasan untuk dilaksanakan di seluruh dunia. Jika ada skim yang boleh membawa umat Islam ke Mekah untuk mengerjakan umrah dengan hanya RM100 (seratus ringgit) bukankah ini boleh menjanakan dana setidak-setidaknya kepada tujuh juta pelanggannya sendiri yang rata-rata beragama Islam?

Betulkah kos RM100 untuk mengerjakan haji? Betul. Kreativiti dan inovasi perancangan kewangan boleh menjadikannya sedemikian. Konsep main kutu yang telah diajar datuk nenek kita sejak zaman berzaman boleh dijadikan sandaran untuk pelaksanaan skim sedemikian.

Penggunaan Internet boleh menjadikannya dihayati di seluruh dunia. Dana keahliannya sahaja boleh mencecah berbilion-bilion ringgit. Mungkin kerja haji dilaksanakan oleh Tabung Haji, tetapi apakah umrah ini juga harus dilakukan oleh Tabung Haji?

Selain daripada itu, penjanaan modal dan keahlian yang ramai membenarkan PNB mempunyai rangkaian data pelanggan yang berguna. Skim pemasaran terus dan rangkaian pemasaran ala Wal-Mart yang menyisihkan orang tengah boleh menjadikan PNB sebagai syarikat yang mampu bersaing dengan gergasi sebesar Wal-Mart? Kenapa tidak? Kreativiti dan inovasi serta sikap `Malaysia Boleh' dengan adanya rangkaian data yang sedia ada mampu merealisasikan penjenamaan ini. Kosnya rendah dan keuntungannya sudah pasti. Apakah ini tidak boleh dan dilakukan oleh PNB?

PNB juga menerusi pangkalan datanya boleh mengadakan perbankan tanah di Malaysia. Kerana dengan adanya bank tanah, pemilikan hartanah dan penjanaan modalnya boleh dilakukan di seluruh pelosok planet ini yang mempunyai tanah.

Bagaimanapun perkara asas yang boleh dilakukan oleh PNB ke atas para pelanggan mereka adalah mengadakan `butik' perancangan kewangan. Perkara begini adalah suatu keperluan kerana pelanggan PNB memerlukan perkhidmatan yang berlainan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.