saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/01/2006

Remp-It 50 mat rempit berlakon filem

GEJALA lumba haram yang menjadi ikutan ramai remaja bermotosikal sejak kebelakangan ini menjadi suatu fenomena yang semakin membimbangkan. Ekoran gejala itu, berlaku pelbagai masalah sosial seperti bohsia, perjudian, penagihan dadah dan pergaduhan sesama mereka yang lebih sinonim dengan gelaran mat rempit (mat motor).

Banyak pihak telah tampil ke depan bagi menyedarkan masyarakat betapa gejala itu harus ditangani bersama termasuk menerusi medium perfileman.

Metrowealth Movies Productions (MMP) adalah antara pihak yang tampil memberi kesedaran kepada khalayak tentang gejala itu menerusi filem ke-19 terbitannya berjudul Remp-It.

Menurut pengarah filem itu, Ahmad Idham, Remp-It dihasilkan bagi memberi gambaran realiti gejala lumba haram yang semakin berleluasa.

“Menerusi filem ini, kami mahu membongkar gaya kehidupan sebenar mat rempit dan ia memfokuskan kepada mat rempit di sekitar Kuala Lumpur.

“Bagi saya, rempit bukan sekadar lumba haram tetapi banyak lagi isu sosial lain yang tersembunyi. Masalah sosial kesan lumba haram banyak kali disiarkan melalui media massa.

“Tetapi menerusi filem ini kami mahu memaparkan bagaimana kehidupan sebenar mereka. Jadi sama-samalah kita nilai nanti,” katanya pada majlis kesyukuran sempena bermulanya penggambaran Remp-It di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Menurut Ahmad Idham, dia melakukan pelbagai penyelidikan termasuk bercampur dengan golongan mat rempit untuk mengetahui sendiri gaya hidup mereka.

Hasil tinjauan selama hampir dua minggu itu, pengarah muda ini mendapati golongan tersebut sukar untuk difahami dan mempunyai gaya bahasa tersendiri.

“Saya pernah melepak dengan sekumpulan mat rempit hingga pukul 4 pagi tetapi masih banyak lagi cara hidup dan bahasa mereka yang sukar difahami.

“Hanya mereka sesama sendiri yang memahami bahasa mereka. Contohnya penggunaan perkataan jubin dan chikaro yang bermaksud bohsia atau gadis jalanan.

“Kami akan paparkan gaya mat rempit sewaktu berlumba dengan aksi-aksi seperti willey, kapal layar dan superman.

“Saya yakin apa yang kami paparkan dalam Remp-It akan memberi kejutan kepada masyarakat kerana filem ini berbeza daripada filem kisah lumba haram yang lain seperti KL Menjerit,’’ ujarnya.

Pelakon tambahan

Sementara itu, penerbit Remp-It, David Teo berkata, MMP telah mengadakan uji bakat di kalangan mat rempit untuk dijadikan sebagai pelakon tambahan.

“Kami telah mengadakan satu uji bakat di pejabat MMP baru-baru ini di mana hampir 300 orang mat rempit hadir. Daripada jumlah itu, kami mengambil 50 mat rempit berlakon dalam filem ini.

“Selain itu, kami mengambil 10 hingga 15 pelakon stunt (lagak ngeri) untuk melakonkan adegan-adegan lasak bersama mereka.

“Dalam soal ini kami meminta nasihat polis dan menyediakan bantuan kecemasan seperti ambulans sepanjang penggambaran selama sebulan yang bermula 18 Januari (semalam).

“Kami juga menggunakan penunggang motosikal seperti bekas pelumba negara, Wazi Abdul Hamid, bagi menjayakan filem ini,” kata David.

Remp-It yang menelan kos produksi berjumlah RM1.68 juta mengisahkan tentang Madi yang bekerja sebagai penghantar surat.

Madi yang mempunyai seorang teman wanita bernama Ieka sering terbabit dalam perlumbaan haram bersama-sama rakannya.

Dalam satu perlumbaan, Madi tewas di tangan Spark dan sebagai pertaruhannya dia telah menyerahkan motosikalnya kepada lawannya itu.

Ieda pula akhirnya berkenalan dan menjalin hubungan intim dengan seorang jejaka bernama Rizzo. Perhubungan itu menyebabkan Madi berasa bengang.

Pelakon lain yang membintangi filem ini terdiri daripada Farid Kamil, Julia Hana, Cat Ruffedge, Zul Huzaimi, Aqasha, Khatijah Tan dan Shah Kassim.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.