saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 22/01/2006

Keluarga Nyonya Tahir kemuka bukti di mahkamah

TAMPIN 21 Jan. - Keluarga Nyonya Tahir, wanita Melayu yang beragama Islam tetapi didakwa mengamalkan cara hidup orang Cina dan menghayati ajaran Buddha akan mengemukakan dokumen pengesahan status agama anutan wanita itu kepada Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, Isnin ini.

Timbalan Pengerusi Biro Agama MCA pusat, Koh Chin Ham berkata, dokumen yang diperoleh dari Pemeriksa Hal Ehwal Agama 1 Daerah Alor Gajah, Melaka, Abd. Azit Abdullah itu akan menentukan status sebenar agama Nyonya yang meninggal dunia pada usia 89 tahun, di sini kelmarin.

Beliau yang juga peguam syarie berkata, dokumen penyiasatan itu dikeluarkan melalui kadi daerah yang dialamatkan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka pada 7 Mei 1986.

``Salinan laporan penyiasatan itu juga telah dikemukakan oleh Abd. Azit kepada Mufti Melaka, Pengerusi Lembaga Masjid Sungai Buluh, Alor Gajah dan imam masjid kariah itu,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Pejabat MCA Tampin di sini hari ini selepas mengadakan pertemuan kira-kira dua jam dengan empat anak dan menantu Nyonya.

Mereka ialah Chiang Lan Mui, 49, Chiang Kwai Ying, 43 dan Chiang Ah Fatt, 40 serta menantunya, Chang Hon Men, 54.

Status agama Nyonya disedari oleh anggota polis Balai Polis Tampin apabila anak dan cucunya datang membuat laporan kematian.

Ini kerana dalam salinan kad pengenalan Nyonya jelas menunjukkan dia Melayu dan beragama Islam sedangkan anaknya menggunakan nama Cina dan beragama Buddha.

Menurut Chin Ham, antara kandungan laporan siasatan itu ialah Nyonya dilahirkan pada 1918 di Alor Gajah, Melaka dan dipelihara sejak kecil oleh neneknya, seorang Melayu yang berkahwin dengan seorang mualaf Cina berketurunan Hailam.

Hasil penyiasatan itu mendapati, sejak dipelihara oleh neneknya, wanita itu telah mendapat asuhan dan didikan mengikut budaya dan agama Buddha.

Pada 1936, ketika berusia 18 tahun, dia melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki Cina bernama Chiang Meng dan dikurniakan 13 orang anak.

Sejak berkahwin, Nyonya mengamalkan ajaran Buddha dan memakan babi manakala suaminya itu tidak pernah memeluk Islam.

Chin Ham berkata, Abd. Azit memberitahu, hasil penyiasatan mendapati wanita itu membuat pengakuan untuk kekal dalam agama Buddha dan sekiranya mati dia turut mahu disemadikan mengikut cara Buddha.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.