saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 23/01/2006

Jac pukul Mawi


Dari kiri Azlan Abu Hassan, Mawi, Azharina, Jac dan Asmin Mudin girang dengan kemenangan mereka dalam pertandingan Hits 1 anjuran RTM Jumaat lalu.



Kemantapan vokal juara Malaysian Idol, Jaclyn Victor (Jac) tidak dapat disangkal lagi apabila dia berjaya merangkul anugerah Lagu Terbaik Hits 1 Tv1 menerusi lagu Gemilang dalam pertandingan akhir Hits 1 yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Perdana Angkasapuri Kuala Lumpur pada malam Jumaat lalu.

Jac menewaskan calon favourite Mawi dan juga bekas penyandang juara Hits 1 musim pertama, Misha Omar.

Hasil kemenangan tersebut, Jac bersama pencipta Aubrey Suwito dan penulis lirik Asmin Mudin membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 berserta trofi dan sijil.

Tampil membuat persembahan dengan gaya bersahaja, Jac berjaya meyakinkan para juri profesional yang diketuai oleh komposer Datuk Johari Salleh untuk merebut anugerah tersebut.

Di samping itu, Jac turut memenangi satu lagi anugerah apabila dia memenangi kategori Persembahan Terbaik yang membolehkannya membawa pulang hadiah RM5,000 berserta trofi dan sijil.

“Saya terkejut dan gembira dengan kemenangan ini. Dalam hati memang saya hendak menang tapi saya tidak letak harapan yang tinggi. Saya datang menyanyi hanya untuk peminat dan saya berpuas hati kerana dapat berikan persembahan terbaik pada malam ini.

“Lagu Gemilang ini cukup bermakna kerana ia betul-betul telah mengubah diri saya daripada Malaysian Idol hingga ke pertandingan nyanyian di Shanghai dan kini dalam Hits 1. Lagu ini mempunyai keajaiban,’’ katanya.

Lebih tenang

Jac tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Aubrey Suwito dan Asmin Mudin kerana menghasilkan sebuah lagu yang cukup baik. Kata Jac, dia tidak menduga sama sekali akan memenangi dua anugerah serentak dalam Hits 1.

Penyanyi yang berasal dari Kuala Lumpur ini berkata, persembahan yang ditampilkan lebih tenang dan bersahaja. Dia tidak mahu rasa tertekan semasa mendendangkan lagu Gemilang.

“Pada mulanya saya ingat saya hendak membawa penari bersama ketika menyanyi, kemudian bila difikir semula lebih baik saya menyanyi sendirian kerana saya dapat memfokuskan kepada vokal sahaja,” kata Jac yang ternyata terkejut dengan kemenangannya.

Sementara itu, penyanyi Azharina pula menyifatkan lagu Elergi Sepi ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Julfekar yang memenangi tempat kedua bagi kategori Lagu Terbaik memberikan makna besar dalam dirinya.

Menerusi kemenangan tersebut, Azharina bersama pencipta lagu dan penulis liriknya berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000 berserta trofi dan sijil.

“Saya bersyukur dengan anugerah ini. Saya memang tidak menjangkakannya. Biasalah setiap artis yang bertanding pasti mengharapkan kemenangan. Tetapi saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi.

“Saya hanya cuba membuat persembahan terbaik. Mungkin kekuatan saya adalah pada aura suara jantan saya. Bukan senang untuk memilikinya dan tidak semua artis ada suara itu.

“Mungkin dengan kemenangan ini orang akan membuka mata terhadap kemampuan saya. Kepada Azlan dan Julfekar, terima kasih kerana menghasilkan lagu Elergi Sepi untuk saya dan mempercayai kemampuan saya,” katanya yang menyifatkan Jac sebagai saingan terdekatnya pada pertandingan tersebut.

Dalam Hits 1, penyanyi yang mempunyai aura tersendiri, Mawi tidak menghampakan para peminat setianya. Walaupun lagu Aduh Saliha tidak berjaya memenangi kategori utama Hits 1 tetapi Mawi berjaya merangkul anugerah Lagu Paling Popular menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS).

Mawi menganggapnya satu kemenangan yang membanggakan.

Dengan kemenangan dalam kategori tersebut, Mawi membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Sambil menyifatkan rezeki untuk memenangi anugerah Lagu Terbaik tidak berpihak kepadanya, Mawi ternyata selesa sekadar memenangi anugerah Lagu Popular.

“Keputusan ditentukan oleh juri. Dah tak menang untuk lagu terbaik, nak buat macam mana. Saya telah buat yang terbaik dan saya berpuas hati dengan persembahan saya. Kita tak boleh jangka siapa yang akan menang.

“Saya tidak rasa kecewa sebab pada pertandingan malam ini saya buat persembahan seperti biasa. Saya juga tidak berasa tertekan. Kepada para peminat yang sudi menghantar undian sms, saya ucapkan ribuan terima kasih. Kalau tidak kerana mereka, belum tentu saya menang untuk kategori tersebut,” katanya.

Pertandingan Hits 1 adalah program hiburan berbentuk carta lagu popular yang diadaptasikan daripada Carta Muzik FM. Hits 1 telah berlangsung selama 28 minggu bermula bulan Mei lalu, dan pemilihan lagu dibuat berdasarkan SMS penonton.

Sembilan lagu yang bertanding pada peringkat akhir pertandingan itu ialah Dayang Sayang Kamu (Dayang Nur Faizah), Tak Tahu (Adam), Pop Ye Ye (V.E), Dedebu Cinta (Misha Omar), Langit Ke Tujuh (Syarifah Zarina), Hak Milik Kekal (Linda & Diana Rafar) dan Aku, Dia & Kamu (d-Va).

Pertandingan akhir Hits 1 diserikan dengan lawak jenaka dan celoteh Azwan Ali dan Saiful Apek selaku pengacara. Di samping itu ia turut diserikan dengan persembahan daripada artis undangan seperti Amy Mastura, Hattan, Dia Fadilla dan Reshmonu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.