saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 23/01/2006

Cara Betul Bincang Isu Sensitif

Rencana Pengarang

Tindakan sembilan menteri Kabinet bukan Islam menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Rabu lalu boleh dianggap sebagai perbuatan terlanjur.

Tetapi tindakan mereka menarik balik memorandum tersebut, walaupun selepas dinasihat oleh Perdana Menteri dan ditegur banyak pihak lain tetap kita hargai.

Mereka juga bersetuju untuk membincangkan perkara berhubung isu agama yang dianggap sensitif itu dalam mesyuarat Kabinet sahaja. Itu cara yang betul.

Tindakan sembilan menteri yang terdiri daripada pemimpin tinggi kerajaan dan parti komponen Barisan Nasional perlu sedar bahawa tindakan mereka mengemukakan memorandum terus kepada Perdana Menteri adalah tidak betul caranya.

Dengan tindakan menarik balik memorandum, kita percaya mereka dapat melihat betapa perlunya menggunakan cara yang betul untuk mengemukakan pandangan atau cadangan yang mewakili kaum atau agama masing-masing.

Adalah tidak manis menteri Kabinet mengambil tindakan membuat memorandum dan menghantarnya kepada Perdana Menteri. Mereka harus sedar perbuatan mereka itu diperhatikan oleh rakyat.

Tindakan menteri Kabinet berkenaan telah memberi isyarat yang salah kepada rakyat seolah-olah mereka tidak mempunyai saluran atau pilihan lain untuk menyampaikan pandangan.

Malah kita tidak mahu salah tafsiran seolah-olah wujud pergeseran dalam Kabinet bermain-main dalam fikiran rakyat.

Sebagai pemimpin kanan kerajaan, mereka tidak sepatutnya lupa pada prinsip permuafakatan antara kaum dan agama.

Sungguhpun perkara-perkara yang menyentuh isu agama dan perkauman agak sensitif, tetapi tidak bermakna ia langsung tidak boleh dibangkitkan dan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.

Selama ini pun banyak perkara membabitkan isu sensitif berjaya diselesaikan melalui permuafakatan secara bermesyuarat.

Walaupun Islam adalah agama rasmi negara tetapi masih ada ruang untuk rakyat berbilang agama dan kaum ini mengamalkan sikap berunding dan bertolak ansur.

Apa yang penting ia mesti dilakukan dengan cara yang betul.

Kita berasa lega apabila episod ini berakhir dengan kesediaan sembilan menteri berkenaan menarik balik memorandum mereka.

Pun begitu, tindakan seumpama ini harus diambil iktibar supaya ia tidak berulang dan menimbulkan salah tanggapan pada masa depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.