saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 26/01/2006

Rogol: Pelayan dipenjara 12 tahun, sebat

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Seorang pelayan bar dihukum penjara 12 tahun dan sebatan tiga kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah merogol seorang rakan sekerjanya yang berusia 18 tahun kira-kira lima tahun lalu.

Hakim Nursinah Adzmi menjatuhkan hukuman tersebut terhadap P. Velan, 26, setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan keraguan melampaui munasabah dalam kes berkenaan.

Sebelum hukuman itu dijatuhkan, Nursinah berkata, beliau bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa dalam kes rogol, mangsa akan mengalami trauma sepanjang hayatnya dan tidak akan tamat sebaik sahaja kesalahan ini selesai dilakukan.

Berikutan itu, Nursinah yang memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa mulai hari ini, memutuskan menolak permohonan Velan melalui peguamnya, Patrick Dass untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.

Velan didapati bersalah merogol rakan sekerjanya kira-kira pukul 8 malam, 21 Ogos 2000 di sebuah bilik stor, tingkat sembilan, Hotel Legend, Jalan Putra, di sini.

Dia didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam keputusan di akhir kes pembelaan sebelum itu, Nursinah berkata, mahkamah sukar mempercayai cerita tertuduh yang mendakwa kejadian rogol itu berlaku secara sukarela.

Ini kerana, katanya, tertuduh sendiri mengaku hanya mengenali mangsa yang baru sebulan bekerja di hotel itu dan hubungan mereka setakat rakan sekerja.

Menurutnya, tiada keterangan dikemukakan hubungan mereka sangat rapat atau mangsa pernah memberi petunjuk yang dia menyukai tertuduh sehingga memberi keizinan untuk melakukan hubungan seks.

Sebelum hukuman dijatuhkan, Patrick memohon hukuman ringan ke atas anak guamnya yang baru tiga bulan kematian ayahnya memandangkan Velan merupakan penanggung tunggal adik-beradik seramai empat orang.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Shamsul Sulaiman yang mengendalikan pendakwaan memohon hukuman berbentuk pengajaran kerana jenayah rogol merupakan jenayah yang paling kejam, apatah lagi tertuduh menggunakan pisau sebagai ugutan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.