saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/01/2006

Malaysia’s Most Beautiful pilih Dilla kerana ketelusan


DILLA diapit oleh ibu bapanya, Adilah Shek Omar dan Abdul Latiff Ishak selepas muncul pemenang Malaysia’s Most Beautiful di Shah Alam malam kelmarin.


MUNGKIN ada penonton mahupun peserta pertandingan realiti TV Malaysia’s Most Beautiful yang kurang senang dengan sikap Dilla yang suka berterus terang dalam menyuarakan sesuatu perkara. Sikap itu adakala telah menyinggung hati terutama para pesaingnya dalam program realiti TV anjuran stesen 8TV itu.

Bagaimanapun, sikap jujur dan terbuka itu jugalah yang telah mengangkat Dilla atau nama sebenarnya Dilla Syahira Abdul Latiff, 23, muncul juara Malaysia’s Most Beautiful musim yang pertama.

Dilla yang dipilih sebagai wanita tercantik Malaysia menerusi pertandingan realiti TV itu menyingkirkan pencabarnya, Jessey atau Man Ay Teng, 23.

Menurut penuntut jurusan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu, sikap telus dan suka berterus terang adalah sifat semula jadinya.

“Sikap saya yang paling ketara ialah saya suka cakap terus terang. Tetapi saya tidak ada niat mahu melukakan hati sesiapa.

“Saya tidak pasti sama ada orang boleh terima ataupun tidak sikap itu, terpulanglah,” katanya pada sidang akhbar selepas pertandingan itu berakhir di Shah Alam, Selangor malam kelmarin.

Namun, kata Dilla, pengalaman selama tiga bulan menyertai pertandingan realiti TV itu banyak mengajarnya erti persahabatan.

“Persahabatan adalah sesuatu yang saya belajar dalam pertandingan ini. Sebelum itu saya agak mementingkan diri sendiri.

“Program ini juga mengajar saya betapa pentingnya kerja berkumpulan dan juga bagaimana menjaga perasaan orang lain,” ujarnya.

Gadis tinggi lampai itu menafikan dia pernah bergaduh atau berpura-pura dengan peserta Malaysia’s Most Beautiful yang lain semata-mata untuk memenangi pertandingan itu.

Sebaliknya, Dilla menjalin hubungan yang rapat dengan para peserta program realiti TV itu yang terdiri daripada pelbagai kaum.

“Saya mempunyai ramai kawan rapat di kalangan peserta program ini. Sheila dan Tanya adalah antara peserta yang rapat dengan saya.

“Bagi saya, mereka adalah orang yang tahu bagaimana untuk menghargai sebuah persahabatan. Mereka banyak memberi sokongan kepada saya,” katanya.

Walaupun sudah mencipta nama tetapi Dilla tidak mempunyai perancangan untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan.

“Saya belum terfikir untuk menjadi pelakon. Tetapi saya berminat untuk menceburi bidang peragaan dan menjadi model. Saya jadikan program ini sebagai batu loncatan untuk mencapai impian saya itu,” ujarnya lagi.

Jessey yang tewas di tangan Dilla pula tidak kecewa sebaliknya berasa bangga kerana berpeluang menyertai pertandingan tersebut.

“Saya gembira. Walaupun kalah tetapi saya juga anggap saya telah menang dalam pertandingan ini. Ini kerana, sewaktu menyertai pertandingan ini saya dapat menggunakan pengalaman yang ada untuk kehidupan saya pada masa depan,” kata Jessey.

Pertandingan itu menyaksikan Dilla memenangi hadiah berupa sebuah kondominium Villa Wangsa Mas berharga RM240,000, satu set mutiara Rafflesia bernilai RM150,000, pelan pelaburan barangan kemas, program penjagaan berat badan Marie France Bodyline dan wang tunai RM10,000.

Dilla menewaskan Jessey melalui undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada para penonton yang ditutup kira-kira pukul 10.15 malam itu.

Daripada 56,000 undian SMS itu, Dilla menerima 42,000 undian manakala Jessey pula menerima 14,000 undian SMS penonton.

Dalam pertandingan itu, para juri yang mengadilinya terdiri daripada Arianna Teoh, Sheila Majid, Tate Ghazi dan Yasmin Yusof.

Peserta lain yang menyertai pertandingan itu ialah Lee Weng Kim (Elisha), Zuliana Ab. Aziz (Jue), Zahra Rahmah Abdul Rahman (Zahra), Nur Aishah Zainal (Aisha), Nur Azyan Syazwani Jaidir (Azyan), Thanya Sugunan Menon (Thanya), Ong Chew Hong (Melissa), Nurul Hanisah Mahmud (Hani), Siti Sara Yusoff (Siti Sarah), Utheya Banu Manikam (Sheila), Tan Li Ching (Jessica), Sukhvinder Kaur (Sukhvinder) dan Faridah Yang Razali (Faridah).

Malaysia’s Most Beautiful mula disiarkan pada 10 November lalu dan berjaya menarik hampir 1,000 penyertaan pada sesi uji bakat yang diadakan di seluruh negara.

Lima belas peserta yang

terpilih daripada sesi uji bakat itu telah diserapkan untuk bertanding dalam 12 episod mingguan program tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.