saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 31/01/2006

Jawatankuasa Fatwa ambil masa keluarkan keputusan

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) hari ini mengakui Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan terpaksa mengambil masa yang lama sebelum mengeluarkan fatwa terhadap sesetengah isu baru di negara ini.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mustafa Abdul Rahman, ini kerana jawatankuasa terbabit perlu membuat kajian terperinci ke atas isu berkenaan terlebih dahulu berlandaskan pelbagai sumber hukum syarak.

Sehubungan itu beliau menegaskan, kelewatan jawatankuasa tersebut mengeluarkan fatwa hanyalah bertujuan memastikan fatwa yang bakal dikeluarkan kelak bersesuaian dan akhirnya menjadi panduan kepada masyarakat Islam di negara ini.

``Seperti aliran muzik keras, Black Metal sebelum ia diharamkan pihak jawatankuasa telah memperhalusi sebelum kita memutuskan bahawa ia adalah satu ajaran yang boleh menjejaskan akidah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas pandangan sesetengah pihak yang melihat jawatankuasa itu lewat mengeluarkan fatwa apabila timbulnya satu isu baru seperti aliran muzik Black Metal.

Pada 23 Januari lalu jawatankuasa itu telah memutuskan bahawa aliran muzik Black Metal dikategorikan sebagai ajaran sesat dan boleh menjejaskan akidah mereka yang mengamalkannya.

Terdahulu Mustafa mengiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin meninjau persiapan akhir Sambutan Maal Hijrah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.