saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 02/02/2006

Penumpang kesal layanan buruk perkhidmatan bas ekspres

SAYA pelajar sebuah IPTA di Bangi. Setelah bercuti Aidiladha di kampung, saya membeli tiket perjalanan ke Kajang di kaunter Terminal Bas Shahab Perdana, Mergong Alor Star pada 14 Januari 2006. Esoknya saya datang ke stesen bas dan di kaunter I saya diberikan nombor bas yang patut dinaiki.

Apabila bas tiba, saya meletakkan semua barang kecuali beg galas ke tempat letak barang dan terus mengambil tempat duduk. Tidak lama kemudian datang seorang pemeriksa tiket bas. Dia mengatakan tiket saya `tidak wujud' dan menyuruh saya rujuk ke kaunter.

Saya bergegas ke kaunter I. Petugas di kaunter itu menukar tiket bas saya ke sebuah bas lain yang masih kosong. Apabila saya kembali ke bas asal untuk mengambil barang, bas tersebut tiada di platform. Saya bergegas semula ke kaunter untuk memberitahu masalah saya. Petugas kaunter itu tidak terus menelefon kepada pemandu bas supaya berhenti sebelum masuk ke lebuh raya. Dia seolah-olah tidak ambil kisah terhadap masalah saya.

Setelah lama berada di situ, barulah petugas kaunter I tersebut berusaha menelefon pemandu bas. Namun sudah terlambat kerana bas telah memasuki lebuh raya.

Saya dapat bercakap dengan pemandu tersebut dan meminta agar beg dan barang-barang saya ditinggalkan di kaunter bas Hentian Kajang. Namun sekali lagi saya kecewa kerana syarikat bas tersebut tidak mempunyai kaunter di Hentian Kajang.

Petugas kaunter itu mencadangkan agar beg dan barang-barang tersebut dihantar semula ke kaunter Terminal Bas Shahab Perdana di Mergong dan dihantar ke Kajang keesokan harinya.

Saya sangat kecewa kerana semua barang-barang saya termasuk pakaian dan buku pengajian berada dalam beg tersebut sedangkan saya mempunyai kelas.

Esoknya saya menunggu petugas kaunter tersebut menelefon saya seperti yang dijanjikan. Setelah lama menunggu akhirnya saya pula terpaksa menelefon kaunter tersebut. Petugas kaunter itu memberitahu saya supaya menelefon semula pada sebelah malam kerana bas akan bertolak ke Kajang pada pukul 11.30 malam.

Keesokan pagi saya ke Hentian Kajang dan menunggu dari pukul 5.30 hingga 7.30 pagi. Namun bas berkenaan tidak tiba. Pemandu juga tidak menjawab telefon bimbitnya. Rupa-rupanya bas itu tidak berhenti di Kajang tetapi terus ke Seremban kerena tiada orang turun di Kajang. Terpaksa saya menunggu sehari lagi.

Keesokannya sekali lagi saya ke Hentian Kajang setelah menghubungi pemandu bas. Sekali lagi tiada bas berkenaan. Apabila dihubungi, pemandu bas menyatakan barang saya telah diletakkan di pejabat bas Ekspres Kesatuan di Pudu Raya.

Setelah melalui pelbagai kesusahan, akhirnya saya memperoleh barang-barang saya di Pudu Raya setelah tiada lagi baju untuk dipakai. Saya berharap pengalaman saya ini menjadi panduan kepada lain-lain pengguna bas ekspres.

- PENUMPANG KECEWA,

Bangi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.