saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 05/02/2006

MPPJ tidak berganjak


PENYERANG Pahang, Bernard Tchoutang melompat melepasi bentesan Wan Rohaimi Wan Ismail dari Selangor pada perlawanan Liga Super di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam. Pahang menang 2-1.


KUALA LUMPUR - MPPJ menyambar tiga mata di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban untuk terus menerajui persaingan bola sepak Liga Super selepas menewaskan tuan rumah, Negeri Sembilan 1-0, semalam.

MPPJ yang tampil bersama B. Sathianathan selepas merehatkan jurulatih asal, Michael Feichtenbeiner dari Jerman, memperoleh gol tunggalnya menerusi penyerang import, Ben Katanha, minit ke-40.

Sementara itu, kekalahan Negeri Sembilan yang baru menukar nama kepada NS Naza mulai semalam, menurunkannya ke tangga keempat liga dari ketiga yang diambil alih oleh Telekom.

Telekom bimbingan Irfan Bakti Abu Salim, berjaya mengikat Pulau Pinang di Stadium Bandaraya 1-1 untuk mengumpul 15 mata dan memintas dengan kelebihan satu jaringan berbanding Negeri Sembilan.

Gol penyamaan Telekom itu dijaringkan oleh Chafwen Gofwa pada minit ke-42 selepas tuan rumah mendahului menerusi Safran Kojan pada minit ke-37.

Perak pula terus menyaingi MPPJ dengan kekal di tangga kedua bersama 16 mata, biarpun dikerah seri 2-2 oleh Perlis yang bangkit daripada ketinggalan dua gol di Stadium Utama, Kangar.

Mohd. Nor Ismail membuka jaringan pada minit ke-15 sebelum Keita Mandjou menambah pada minit ke-59 sementara Perlis membalas menerusi ketua pasukan, Manzoor Azwira Wahid.

Sementara itu, Pahang melonjak ke tangga kelima di sebalik ketiadaan Indra Putra Mahyuddin dengan menumpaskan Selangor 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Jaringan Hairuddin Omar dan Bernard Tchoutang pada minit kelapan dan 66 itu sementara gol tunggal tuan rumah dijaringkan pada minit ke-24 menerusi Bambang Pamungkas.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.