saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 06/02/2006

2 editor Jordan didakwa terbit semula kartun

AMMAN 5 Feb. - Dua pengarang tabloid Jordan dihadapkan di mahkamah di sini hari ini atas tuduhan `memudaratkan perasaan agama' dengan menerbitkan semula kartun kontroversi menghina Nabi Muhammad s.a.w.

Bagaimanapun kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.

Ketua Pengarang Al-Mehwar, Hashem al-Khalidi ditahan sebelum tengah malam (6 pagi ini waktu Malaysia) manakala Ketua Pengarang akhbar gosip mingguan, Shihane, Jihad Momani pula awal semalam atas arahan pendakwa raya kerana menerbitkan tiga siri kartun tersebut.

Kes itu ditangguhkan sehingga Khamis ini.

Sebanyak 12 siri kartun itu pertama kali diterbitkan September lalu oleh akhbar Denmark, Jyllands-Posten dan sejak itu ia diterbitkan semula oleh kira-kira 20 penerbitan di Eropah dan New Zealand.

Al-Mehwar menerbitkan semula kartun itu pada 26 Januari lalu bersama artikel mengenai kutukan yang meluas terhadap lakaran berkenaan.

Ia mendakwa sebagai akhbar pertama Arab yang memberitahu dunia Arab mengenai penerbitan kartun itu yang ditemui di Internet.

Di Beirut, penunjuk perasaan membakar bangunan yang menempatkan konsulat Denmark di Beirut hari ini sementara orang ramai merusuh di sebuah kawasan kediaman Kristian sebagai memprotes penyiaran kartun tersebut.

Pasukan keselamatan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan untuk menghentikan keganasan itu.

Beribu-ribu penduduk menyertai tunjuk perasaan di Beirut secara aman.

Bagaimanapun protes itu bertukar menjadi ganas apabila sekumpulan puak militan cuba merempuh sekatan keselamatan sehingga memaksa pasukan keselamatan melepaskan tembakan gas pemedih mata dan menggunakan meriam air untuk menyuraikan mereka, kata pegawai. - Agensi

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.