saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 06/02/2006

Muhammad Busyairi bantu corakkan alam sekitar

SENI bina landskap bukan sekadar melibatkan kerja-kerja menanam pokok untuk mengindahkan sesebuah kawasan atau taman. Sebaliknya, ia adalah kerjaya yang mencorakkan alam sekitar dengan memberi kemudahan lebih selesa kepada orang ramai.

Bayangkan perasaan kita apabila melangkah ke Putrajaya yang mempunyai binaan landskap moden dan futuristik atau mengunjungi taman Menara Berkembar KLCC yang terletak di tengah-tengah ibu kota. Bukankah ia satu pemandangan indah yang memberi ketenangan kepada setiap pengunjung?

“Ramai menganggap landskap hanya melibatkan ubahsuai pokok dan menanam pokok-pokok bunga yang bersesuaian sedangkan prospeknya cukup luas dan mampu memberi kepuasan kepada arkitek dan para pengunjung. Bagi saya, bidang ini amat menarik dan mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran kerja hari ini,” ujar Muhammad Busyairi Ahmad, 25, yang dijangka menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada Mac ini.

Keputusannya melanjutkan pelajaran dalam bidang itu mendapat dorongan daripada bapanya, Ahmad Che Abd. Salam, 55, seorang jurutera hidrologi dan perhutanan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan ibunya, Ilani Yassin, 54, seorang suri rumah.

Busyairi menyifatkan peluang menjalani latihan praktikal di Guthrie Landscaping Bhd. sebagai pengalaman yang cukup menarik dan memberinya gambaran sebenar tentang kerjaya sebagai arkitek landskap. Beliau bukan sahaja perlu menyediakan rekaan landskap malah berurusan dengan jurutera, arkitek dan juruukur bahan.

Selain bercita-cita untuk bergelar arkitek landskap, anak muda ini juga bergiat aktif dalam bidang rekaan grafik dan pernah bekerja dengan sebuah syarikat grafik, Imedia Production. Malah beliau adalah individu yang terlibat di sebalik pembikinan kulit album Sirah Junjungan yang memuatkan kompilasi 26 kumpulan nasyid seluruh tanah air pada 2003.

Kulit album

“Penglibatan saya dalam bidang nyanyian nasyid bermula secara tidak sengaja semasa di UIAM. Pada masa itu, saya banyak bergaul dengan artis-artis nasyid daripada kumpulan Saujana, In-Team, Amar dan Dehearty. Saya tidak pernah berhasrat menjadi penyanyi nasyid tetapi akhirnya dengan kemahiran yang ada saya mula membantu mereka dari segi rekaan kulit album,” ujar Busyairi.

Katanya, kemahiran dalam bidang grafik komputer banyak membantu pelajarannya yang berkait rapat dengan rekaan dan seni bina.

Setelah lama bergaul dalam kelompok penyanyi kumpulan nasyid, beliau berpendapat aliran muzik nasyid sudah banyak mengalami perubahan terutama dengan kemunculan kumpulan Mirwana dan Unic dengan konsep Islamic Pop yang lebih segar dan sesuai dengan generasi muda.

“Saya sebenarnya seorang yang amat cerewet untuk meminati karya-karya nasyid dan genre muzik lain. Saya hanya meminati muzik yang mempunyai jiwa dan trademark tersendiri. Bagi saya, di situlah terletaknya nilai sesuatu irama muzik,” katanya yang menyifatkan kerja-kerja grafik album Sirah Junjungan adalah karya besar yang pernah dilakukannya pada tahun 2003.

Sejak dalam tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad Mahir, Kelantan pada tahun 1995, beliau telah mula mencipta dan mengumpul lirik-lirik lagu gubahannya dalam pelbagai melodi dan genre muzik. Namun, apabila kumpulan Raihan muncul dan menjadi satu fenomena, Busyairi turut meminati nasyid. Dalam karya muzik, Busyairi amat mengagumi keupayaan Yusuf Islam, M. Nasir, Raihan, Brothers, Kitaro dan Sami Yusof.

“Seni sebenarnya sesuatu yang indah dan muzik bukan sekadar untuk berhibur. Ramai orang menganggap nasyid hanya menggunakan kompang tetapi sebenarnya ia lebih daripada itu. Kita juga perlu ingat, setiap bunyi-bunyian datang daripada Allah dan kita perlu melakukannya dengan terbaik,” katanya yang turut menyumbangkan lirik lagu Restu untuk album Saujana vs Nowseeheart.

Mengenai perancangan masa hadapan, Busyairi memilih untuk melibatkan diri secara sepenuh masa dalam bidang seni bina landskap dan menjadikan kerja-kerja grafik sebagai hobi bagi memenuhi masa yang terluang. Malah beliau hanya melakukan tugas mereka kulit album sewaktu cuti semester agar tidak mengganggu jadual kuliahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.