saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 09/02/2006

Usia 7 tahun sudah terlibat dengan jenayah

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Empat kanak-kanak berusia tujuh tahun merupakan antara 5,996 juvenil yang ditahan kerana terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah di seluruh negara sepanjang tahun lepas.

Penguasa Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Deputi Supritenden Rasdi Ramli berkata dua kanak-kanak berumur lapan tahun, 11 kanak-kanak berumur sembilan tahun, 23 orang berumur 10 tahun dan 23 lagi berumur 11 tahun, juga merupakan antara yang ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah dalam tempoh itu.

Menurutnya perangkaan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan bahawa 5,996 remaja itu ditahan kerana terbabit dalam pelbagai kesalahan jenayah termasuk kes bunuh, pecah rumah, samun dan rogol.

Menurutnya peringkat umur antara 16 dan 18 tahun merupakan jumlah kumpulan tertinggi kalangan remaja yang terbabit dengan jenayah sehingga menjangkau 4,363 orang remaja, dan ia diikuti dengan kumpulan berumur antara 13 dan 15 tahun seramai 1,472 orang.

Kekerasan

``Sebanyak 3,936 kes jenayah dilapor membabitkan juvenil sepanjang tahun lepas dengan 3,008 daripadanya melibatkan kes-kes jenayah kekerasan dan harta benda,'' katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya 26 remaja ditahan sepanjang tahun lepas di seluruh negara kerana disyaki terlibat dalam kes bunuh sementara dua lagi ditahan atas kesalahan cubaan membunuh.

``Seramai 104 remaja pula ditahan atas kesalahan rogol dan 111 pula ditahan kerana kesalahan mendatangkan kecederaan,'' katanya.

Rasdi berkata menurut statistik polis jenayah juvenil, 952 remaja ditahan kerana disyaki terlibat dengan kesalahan mencuri kenderaan dengan 922 kes melibatkan motosikal.

Menurutnya 312 pula ditahan kerana disyaki terbabit mencuri dalam rumah, 399 kesalahan pecah rumah malam hari, 270 memecah masuk rumah dan 576 lain-lain curi.

Seramai 5,849 remaja yang ditahan itu adalah lelaki dan 147 lagi remaja perempuan.

Daripada jumlah itu, 4,074 lelaki dan 90 remaja perempuan yang ditahan merupakan remaja Melayu, 624 remaja lelaki dan 10 remaja perempuan dari kaum India, 491 remaja lelaki dan 17 remaja perempuan dari kaum Cina, dan selebihnya lain-lain kaum. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.