saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/02/2006

Kes bunuh Noradihasnina: 4 ditahan

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Polis percaya telah menyelesaikan kes pembunuhan Noradihasnina Nor Kamal, 23, dengan tertangkapnya empat orang termasuk seorang suspek utama dalam operasi yang bermula petang semalam hingga awal pagi ini.

Kesemua yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki yang salah seorangnya dipercayai teman lelaki Noradihasnina dan seorang wanita yang berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun.

Tiga kenalan lelaki Noradihasnina yang ditahan sebelum ini untuk membantu siasatan telah dibebaskan setelah kenyataan mereka diambil.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (I) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Ramli Din berkata, kesemua mereka ditahan dalam operasi berasingan yang bermula selepas pukul 5 petang.

Beliau berkata, dua daripada mereka ditahan di sebuah hotel di Jalan Pudu di sini sementara dua lagi termasuk wanita ditahan berasingan di Hentian Putra dan Hentian Pudu Raya.

Menurut Ramli, salah seorang daripada tiga lelaki yang ditahan dipercayai merupakan suspek utama.

``Kita telah mendapatkan perintah tahanan reman terhadap keempat-empat yang ditahan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di sini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

``Kita juga percaya dengan penahanan mereka kes pembunuhan ini telah dapat diselesaikan,'' kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Majistret Nazran Mohd. Sham membenarkan keempat-empat yang ditahan direman selama 12 hari bermula hari ini.

Pada 2 Februari lalu, mayat Noradihasnina ditemui dengan kecederaan parah di kepala dan paha kanan oleh dua pengawal keselamatan di belakang sebuah hotel apartmen di Jalan Ampang di sini kira-kira pukul 6.10 pagi.

Polis yang menyiasat kes tersebut tidak menolak kemungkinan mangsa yang merupakan bekas pelajar sebuah kolej swasta dibunuh terlebih dahulu sebelum dicampak dari tingkat 15 bangunan hotel itu berdasarkan kecederaan di lehernya yang dipercayai kesan cekik.

Dua hari selepas mayat Noradihasnina ditemui, polis menahan tiga lelaki yang merupakan kenalan rapat mangsa untuk membantu siasatan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.