saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/02/2006

Aishah Sinclair dah kahwin

Aishah Sinclair tergelak apabila ditanya tarikh perkahwinan. Soalan ini dilontarkan kerana sebelum ini Aishah dikatakan akan berkahwin pada tahun 2006.

“Kahwin?, Emm... sebenarnya Aishah dah kahwin, awal Januari lalu, selepas bertunang lebih setahun, kira-kiranya 2006 jugalah. Kenduri seadanya, jemputannya lebih kepada kaum keluarga yang terdekat sahaja, agak low profile sahaja,’’ kata Aishah terus terang.

Menurut Aishah, tidak menghebahkan bukan bertujuan mahu menyorok atau tak mahu cerita. Sebaliknya Aishah sendiri memang suka berterus terang. Kalau ada yang bertanya Aishah akan beritahu perkara yang sebenar.

Aishah yang mesra orangnya memberitahu, suaminya Shahnaz pernah belajar bersama-sama sewaktu dia di sekolah rendah lagi.

Menurutnya lagi pada masa itu Shahnaz macam tidak perasan atau mungkin juga tidak kenal dengannya, apalagi masih budak-budak.

Bagaimanapun, selepas 15 tahun berlalu, ditakdirkan mereka berjumpa semula dan berkawan dalam masa yang singkat. Selepas mengenal hati budi masing-masing, Shahnaz kemudian melamarnya.

Mereka bertunang selama setahun dan seterusnya berkahwin pada 7 Januari lalu dengan disaksikan oleh keluarga terdekat dan sahabat handai.

Biarpun Aishah menceritakan secara ringkas sahaja, sempat juga bertanya destinasi bulan madu mereka.

“Kami ke Phuket. Bagi Aishah ini lawatan kali kedua. Bermakna juga sebenarnya. Sebelum ini Aishah mengikuti emak dalam satu program bantuan kebajikan selepas bencana tsunami di negara itu.

“Pada masa itu keadaan Phuket memang teruk sekali. Bila Aishah pergi kali kedua ini, nampaknya Phuket hampir pulih sepenuhnya malah bandar tepian pantai itu dilengkapkan oleh alat-alat canggih yang memberi amaran awal jika tsunami berlaku lagi.’’

Aishah menambah, mereka hanya berada di sana selama empat hari sahaja dan selepas itu pulang ke kota raya.

Kata pengantin yang masih baru ini lagi, apabila balik ke Kuala Lumpur, mereka terus berpindah ke rumah sendiri.

“Walaupun terasa penat berpindah, saya berasa teruja kerana ia merupakan pengalaman baru menguruskan rumah tangga. Apa yang nyata banyak yang perlu dibereskan,’’ ujar Aishah.

Apabila ditanya lebih lanjut mengenai perasaannya selepas bergelar isteri, Aishah memberitahu, yang jelas dia berasa gembira dan bahagia.

Seperti pengantin baru yang lain, Aishah kini menyesuaikan dirinya dalam suasana baru, dengan tanggungjawab baru dari alam gadis kepada dunia perkahwinan.

“Seronok dan bersyukur semuanya selamat dan Aishah kini berasa lebih selesa. Suami pun begitu memahami Aishah dan boleh dikatakan kami kini lebih mengenali hati budi masing-masing dengan lebih dekat lagi.’’

Cuba bertanya lagi, nampaknya Aishah cepat-cepat memintas dengan menambah, agar hal-hal cincin dan hantaran usahlah dicatatkan di ruangan ini.

“Segan rasanya. Emm... apa kata cerita hal lain pula? Boleh kan?’’ katanya lagi.

Sejak menjadi hos Voice Your Choice, Aishah semakin yakin dengan kemampuan dirinya. Andai tiada apa-apa perubahan Aishah akan kembali ke lokasi program itu untuk musim kedua.

Daripada peminat nampaknya mereka menyukai program ini, kerana di sinilah mereka melontarkan pandangan dan hasrat mereka.

Misalnya mereka inginkan seseorang selebriti itu muncul di televisyen, pihak penerbit program ini akan berusaha sedaya upaya memenuhi kehendak mereka.

“Aishah percaya musim kedua ini lebih menarik memandangkan semua pihak terbabit berazam menghasilkan program tersebut.

“Sebetulnya Aishah enjoy menjadi

hos program ini. Ia mendekatkannya dengan pihak penonton. Pada Aishah ia adalah sebuah program yang baik.’’

Selepas Pilates, diikuti Voice Your Choice Aishah berharap dapat menjayakan program lain pada masa-masa akan datang. Nampaknya, suami juga memberi galakan kepadanya dan sebelum ini pun turut memberi sokongan kepadanya.

“Impian Aishah bukan sahaja membina rumah tangga yang bahagia bersama suami dan anak-anak, Aishah juga mahu menjadi isteri yang berkerjaya.’’

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.