saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 14/02/2006

Dua jalan utama di Kinabatangan terputus hubungan

KINABATANGAN 13 Feb. - Lebih 16 kampung di pesisiran Sungai Kinabatangan, di sini ditenggelami air ekoran hujan lebat tanpa henti di kawasan berkenaan sejak seminggu lalu.

Sehingga kini, 2,000 orang dari kampung-kampung berkenaan dipindahkan ke pusat pemindahan berdekatan.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan berkenaan mendapati, dua jalan utama melalui Simpang Telupid-Entilebon dan MicLand berhampiran Sungai Meliau terputus hubungan sejak dua hari lepas.

Perjalanan menggunakan pengangkutan darat atau bot laju dari Pengkalan Bukit Garam ke kampung-kampung berkenaan mengambil masa antara tiga hingga enam jam.

Sementara itu, penduduk kampung yang terletak dalam Zon Pekan Bukit Garam mula berpindah sejak petang semalam setelah limpahan air deras dari hulu sungai mula membanjiri kawasan berkenaan.

Begitu juga dengan kampung-kampung yang terletak di bahagian tengah, seperti Buang Sayang, Sungai Lokan, Sangau, Balat, Tangkung, Tulang-Tulang dan Desa Permai dan Kumut yang sebahagiannya sudah ditenggelami air sejak malam kelmarin.

Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB), Daerah Kinabatangan di sini yang membuka operasinya sejak awal minggu lalu menjangkakan lebih ramai penduduk akan terlibat dalam operasi pemindahan banjir.

Ia termasuk dua lagi kawasan hilir, iaitu Kampung Batu Puteh dan Mengaris yang terletak dalam kawasan berisiko dilanda banjir apabila arus deras semakin menghampiri kawasan tersebut sejak awal pagi semalam.

Pengerusi POKB, Latiff Amat yang turut membuat tinjauan ke lokasi penempatan sementara mangsa banjir memberitahu, pihaknya akan terus memantau keadaan.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia ke tiga lokasi penempatan mangsa-mangsa banjir mendapati, paras air di salah sebuah kampung yang dilanda banjir iaitu Kampung Balat, sudah mencecah atap pondok janakuasa.

Turut ditenggelami air ialah dewan serbaguna yang dijadikan penempatan mangsa-mangsa banjir.

Bagaimanapun, penduduk kampung ini masih bernasib baik kerana bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Balat masih selamat untuk digunakan sebagai pusat pemindahan.

Guru Besar SK Balat, Jaffar Suar, ketika ditemui bagaimanapun berkata, keadaan pusat pemindahan di sekolah berkenaan amat `tenat'.

``Bukan sahaja tiada kemudahan asas seperti makanan, selimut dan pakaian, tetapi juga ketiadaan diesel untuk membantu kerja-kerja memindahkan mangsa,'' katanya.

Sehubungan itu beliau berharap, bantuan dapat disalurkan segera bagi membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.