saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 15/02/2006

Ki-moon tanding Setiausaha Agung PBB

SEOUL 14 Feb. - Menteri Luar Korea Selatan, Ban Ki-moon akan bertanding untuk merebut jawatan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau adalah antara segelintir tokoh yang telah mengumumkan pencalonan mereka untuk menggantikan Kofi Annan.

Annan menamatkan penggal keduanya selama lima tahun pada 31 Disember ini dan tradisi PBB menghendaki jawatan tersebut digilirkan mengikut rantau yang diakui oleh kebanyakan negara.

Amerika Syarikat (AS) pula menyatakan calon terbaik untuk jawatan Setiausaha Agung PBB hendaklah dipilih tanpa mengambil kira rantau tersebut.

Ki-moon, seorang diplomat berusia 61 tahun, menjadi Menteri Luar Korea Selatan sejak Januari 2004.

Beliau pernah berkhidmat sebagai duta negaranya ke PBB dan kali pertama ditugaskan di luar negara ialah di New Delhi pada 1972.

Ki-moon telah memainkan peranan penting dalam rundingan enam negara yang bertujuan untuk menamatkan program senjata nuklear Korea Utara.

Dua tokoh lain dari Asia telah mengisytiharkan pencalonan mereka untuk jawatan tertinggi PBB iaitu Timbalan Perdana Menteri Thailand, Surakiart Sathirathai dan perunding damai Sri Lanka, Jayantha Dhanapala. - Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.