saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 15/02/2006

Bermula daripada pemberita sambilan

Datuk Zainuddin Maidin, yang dinamakan sebagai Menteri Penerangan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam rombakan Kabinet semalam, adalah antara wartawan tersohor negara sebelum beliau melangkah ke arena politik.

Lebih mesra dikenali sebagai Datuk Zam, beliau dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh, menggantikan Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, yang meletak jawatan untuk menumpukan masanya kepada keluarga.

Dilahirkan pada 29 Jun 1939 di Kota Kuala Muda, Kedah, Zainuddin telah melalui kehidupan yang pelbagai bukan sahaja sebagai wartawan tetapi juga sebagai ahli politik.

Sebagai ayah kepada dua anak perempuan, hasil perkongsian hidup dengan Datin Zaiton Zainor Abidin, Zainuddin memulakan karier dalam dunia kewartawanan sebagai pemberita sambilan dengan akhbar Utusan Melayu di Alor Star pada lewat tahun 1950-an.

Beliau menjadi pemberita pada 1961 dan dua tahun kemudian menjadi ketua pemberita akhbar Utusan Melayu sebelum dilantik Ketua Pengarang akhbar berkenaan pada 1982. Pada September 1994, Zainuddin dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.

Seterusnya beliau menjadi ahli pengarah Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd. dan pada 1998 menjadi timbalan pengerusi eksekutif kumpulan itu.

Zainuddin mendapat pendidikan awal di Maktab Mahmud, Alor Star. Beliau memperoleh diploma dalam kewartawanan dari Institut Kewartawanan Berlin pada 1969. Pada 1981, beliau dianugerahi Fellowship Kewartawanan Profesional dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat.

Pada 1998, beliau dilantik sebagai Senator dan khidmatnya dilanjutkan pada 2001.

Dalam pentadbiran kerajaan, Zainuddin menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan pada 2001 sebelum dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Menteri Penerangan setahun kemudian.

Pada pilihan raya umum 2004, beliau memenangi kerusi Merbok apabila menewaskan calon Keadilan dengan majoriti 15,162 undi.

Beliau menghasilkan beberapa buku dan antara karya terkenalnya ialah Yang Pertama dan Terakhir, Malaysia-British Relations in London, Mahathir Di Sebalik Tabir, dan Tun Razak: Jejak Bertapak Seorang Patriot. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.