saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 17/02/2006

Haram sambut Hari Kekasih

Bersama: MOHD FARID RAVI ABDULLAH
1. Apakah hukum umat Islam turut menyambut Hari Valentine pada 14 Februari lalu dan bagaimana hendak menyedarkan golongan tersebut agar menghentikan perbuatan itu yang menjadi amalan kebanyakan remaja yang bercinta?

JAWAPAN: Menyambut Valentine Day (Hari Kekasih) hukumnya haram. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.’’ (al-Isra: 32)

Mafhumnya, Allah s.w.t. tidak mengharamkan zina semata-mata malahan apa-apa yang boleh membawa kepada zina juga hukumnya haram.

Apa yang jelas dalam sambutan Valentine Day ialah pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Justeru, bagi menzahirkan rasa cinta, pelbagai aktiviti dilakukan yang jelas haram dan bertentangan dengan Islam. Apa yang pasti ialah pasangan kekasih akan mengadakan pertemuan demi melahirkan perasaan cinta. Pada waktu itu yang ketiga ialah syaitan yang menghasut mereka supaya melakukan perkara-perkara terkutuk.

Nabi telah menegah kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dengan sabdanya yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’

Islam mengharamkan sambutan seperti itu bagi menghalang berlakunya perkara yang lebih buruk. Islam menghalang demi membatasi perhubungan lelaki dan perempuan supaya masing-masing dapat memelihara kehormatan diri.

Menyambut Valentine Day adalah bertentangan dengan syiar dan norma-norma budaya masyarakat Islam Melayu. Malah budaya itu diimport dari Eropah yang menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan atas dasar suka sama suka.

Perlu difahami bahawa Islam bukan satu agama yang rigid atau ekstrem tetapi Islam bermatlamat membawa kesejahteraan demi memelihara nama baik umat Islam supaya menjadi umat contoh.

2. Apakah cara atau kaedah untuk menyedarkan anak perempuan saya yang terlibat dalam Black Metal agar kembali mematuhi perintah Allah. Lebih sukar lagi, suami saya pula tidak mahu membantu kerana, katanya, anak kami sudah besar. Biarlah dia pilih jalan sendiri. Anak saya ini sebelum ini bernikah tanpa pengetahuan kami di negara jiran selepas terpengaruh dengan ajaran Black Metal semasa menuntut di UIA.

JAWAPAN: Mendidik anak-anak perlukan kesabaran yang berpanjangan apatah lagi apabila mendidik anak yang telah dewasa. Sudah semestinya ia perlukan teknik dan kaedah yang berkesan supaya didikan tersebut benar-benar berhasil.

Cara menasihati anak perempuan yang terlibat dengan Black Metal, pertamanya kita perlu mengajak mereka kepada beriman kepada Allah s.w.t., mencintai Allah dan Rasul-Nya serta kembali mengamalkan segala suruhan Allah.

Mendidik atau menjaga anak yang bermasalah adalah seperti menjaga orang yang berpenyakit kronik. Sudah pasti ia memerlukan rawatan yang rapi.

Jangan dibuang mereka, jangan dipulau, jangan diungkit dan tunjukkan kasih sayang. Mungkin gadis itu terlibat kerana tidak ada perhatian daripada ibu bapa. Dalam hal ini ibu bapa perlu banyak berkorban dan mendampingkan diri dengan anak-anak. Ibu bapa perlu merancang aktiviti-aktiviti yang boleh mengisi masa lapang anak-anak supaya mereka tidak rasa bosan dan membuang masa di rumah. Ibu bapa perlu kreatif dalam mendekati dan memenangi jiwa anak-anak

Jangan lupa banyakkan solat hajat dan berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka. Banyakkan membaca doa yang berikut: “Wahai Tuhan, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati kami melihatnya dan jadikanlah kami imam (pemimpin) ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.” (al-Furqan: 74)

3. Apakah cara terbaik untuk kita memohon maaf kepada ibu bapa selepas kita bertengkar dengan mereka sehingga mengguris perasaan terutama ibu sedangkan kita tidak berniat sedemikian?

JAWAPAN: Wajib bersegera memohon maaf daripada ibu bapa apabila kita berdosa kepada mereka. Firman Allah dalam surah al-Israk, “Dan Tuhanmu telah menetapkan janganlah kamu menyembah selain Allah dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa... dan janganlah kami katakan kepada kedua-dua mereka perkataan ‘ah’.” (al-Israk: 23)

Jika ada sesuatu perkara yang ingin dijelaskan, cari masa dan ketika yang sesuai dengan menggunakan bahasa yang tidak menyinggung perasaan mereka. Kita perlu risau jika kita atau mereka meninggal dunia ketika kita tidak sempat memohon ampun maaf daripada mereka.

Cara terbaik untuk meminta maaf ialah dengan mengakui kesalahan kita dan memohon maaf dengan ikhlas. Kita perlu menghormati ibu bapa dalam perbualan dengan tidak mengangkat suara atau tidak mendahului mereka dalam sesuatu perkara sebelum meminta izin. Kita juga hendaklah sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka di dunia mahupun di akhirat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.