saya nak baca ..

MEGABAIT


ARKIB : 19/02/2006

TV bergerak di dalam poket


Alcatel memperkenalkan rumusan TV bergerak tanpa had yang membolehkan pengguna menikmati siaran televisyen biasa di telefon bimbit 3G.


PESERTA sektor telekomunikasi dari seluruh dunia berkumpul di Barcelona, Sepanyol baru-baru ini bagi menghadiri Kongres 3GSM Sedunia - persidangan/ekspo telekomunikasi terbesar dunia.

Bagi syarikat telekomunikasi dan pengkomputeran, gabungan kedua-dua teknologi tersebut menyebabkan masing-masing berusaha mempromosikan rumusan dan produk terkini mereka yang akan mencorak dunia digital bergerak masa depan.

Teknologi yang sebelum ini hanya boleh didapati di Internet atau televisyen, telah memasuki poket anda apabila ia telah boleh dinikmati melalui telefon bimbit atau pelbagai peranti bergerak.

Alcatel misalnya telah memperkenalkan projek ‘televisyen bergerak tanpa had untuk pasaran umum’ sebagai salah satu inisiatif terkininya.

Projek ini merupakan kombinasi unik antara teknologi penyiaran DVB-H berasaskan terrestrial (siaran televisyen biasa) dan saluran satelit yang disampaikan menggunakan gelombang S-Band yang menyokong rangkaian telekomunikasi 3G masa kini.

Pendekatan Alcatel ini akan membolehkan operator telekomunikasi melindungi pelaburan 3G mereka dan menawarkan liputan siaran televisyen tanpa had dan juga ciri-ciri interaktiviti.

Syarikat itu yang membuat pelaburan tinggi membangunkan teknologi tersebut untuk membolehkan pengguna mendapatkan akses semasa dan hiburan tanpa wayar menerusi pelbagai saluran televisyen tanpa mengira walau di mana mereka berada.

Ketua Pegawai Operasi, Kumpulan Komunikasi Mudah-Alih Alcatel, Marc Rouanne berkata, teknologi itu membolehkan pengguna menikmati ‘televisyen di dalam poket.’

“Siaran itu boleh dinikmati di telefon bimbit walaupun pengguna sedang bergerak pantas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan di Fira, Barcelona, Sepanyol sempena Kongres 3GSM Sedunia yang mana wartawan Utusan Malaysia menghadirinya di bawah tajaan Alcatel Malaysia.

Rouanne berkata, pada masa ini, Alcatel yang menguasai keupayaan 2.5G/EDGE dan 3G/UMTS bergerak jauh ke hadapan dengan mendominasi sebanyak 80 operator telefon mudah alih dan merangkumi 20 peratus pengguna televisyen bergerak di seluruh dunia.

“Ia adalah peningkatan evolusi yang sebelum ini telah pun membolehkan pengguna menikmati hiburan muzik dan video di dalam telefon bimbit mereka.

“Alcatel yang menyedari perkembangan semasa ini telah membuat pelaburan serta menjalin usaha sama dengan syarikat antarabangsa di Eropah, T-Mobile International untuk pasaran Jerman, United Kingdom dan Austria.

“Malah kita menjangkakan peningkatan mendadak apabila tibanya musim perlawanan bola sepak Piala Dunia 2006 yang akan berlangsung tidak lama lagi,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, katanya, perkembangan semasa teknologi penggunaan televisyen di dalam telefon bimbit membolehkan operator memanfaatkan secara maksimum pelaburan tinggi yang mereka lakukan untuk membangunkan teknologi 3G.

Katanya, selain daripada itu, inovasi tersebut banyak memberi kelebihan penjimatan kos terutama bagi tujuan pembangunan liputan di luar bandar dan kawasan pedalaman tanpa banyak mengira faktor kedudukan geografinya.

“Ia memberi kelebihan kepada pengguna di kawasan pedalaman untuk mendapatkan akses kemudahan televisyen,” katanya.

Malah lebih daripada itu, katanya, Sagem, pengeluar telefon bimbit pula akan membangunkan telefon mudah alih dengan kombinasi DUB-H di dalam saluran UHF dan S-Band bagi membolehkan pengguna turut mendapatkan liputan radio tanpa had saluran.

“Prototaip telefon mudah alih ini akan mula diperkenalkan pada pertengahan tahun ini dan dijangka berada di pasaran tahun depan,” ujar beliau.

Sementara itu, Pengarah Analisis Strategi Global Tanpa Wayar Alcatel, Phil Taylor berkata, teknologi hybrid yang menggabungkan liputan satelit di dalam telefon bimbit dan keupayaan S-Band pada saluran televisyen melengkapkan lagi teknologi sedia ada.

“Ia jelas memberi kelebihan kepada operator untuk memanfaatkan pelaburan 3G dan akhirnya memberi kepuasan kepada pengguna,” katanya.

Dalam pada itu, Rouanne berkata, Alcatel menyasarkan pertumbuhan daripada dua billion kepada tiga bilion pengguna baru sebagai agenda dan strategi syarikat tersebut pada dua tahun akan datang.

Katanya, pihaknya berharap perkembangan semasa teknologi penggunaan televisyen di dalam telefon dapat menyumbang kepada sasaran tersebut selain beberapa pengenalan kemudahan baru lagi kepada pengguna.

“Antaranya ialah pengenalan iklan pendek di dalam telefon bimbit sebelum pengguna membuat panggilan bagi mereka mendapatkan penjimatan kos,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.