saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 24/02/2006

In-Team kini lebih matang


Dari kiri Muhammad Hazamin Harun, Abdul Rahim Osman dan Mohd. Shakir Ab. Khalid.


Pengunduran Suhaimi dari In-Team sekitar Disember lalu rupa-rupanya tidak mematahkan semangat tiga lagi anggota kumpulan itu, Mohd. Shakir Ab. Khalid (Shakir), Mohd. Hazamin Harun (Hazamin) dan Abd. Rahim Osman (Rahim) untuk terus memperjuangkan irama nasyid.

Walaupun tinggal bertiga, mereka menghasilkan album baru yang diberi judul Tiada Lagi Kasih yang baru diedarkan oleh EMI (M) Sdn. Bhd..

Jika empat album In-Team terdahulu diterbitkan oleh Hijjaz Records Sdn. Bhd., album kelima ini diterbitkan sendiri oleh kumpulan itu di bawah label In-Team Records Sdn. Bhd..

“Ada ramai komposer dan penerbit yang terlibat. Antaranya Nazeri (Raihan), Akmal (Nirwana), Azhari (Nowseeheart), Fazli (Faez) dan kami sendiri.

Misi

“Jika dulu kami kurang terlibat dalam pembikinan album tetapi kini kami terlibat 100 peratus dalam penghasilan album terbaru ini. Boleh dikatakan album ini hasil usaha kami sendiri kerana kami belajar untuk menjadi artis yang bukan sahaja boleh menyanyi tetapi kami mempunyai misi untuk lebih serius dalam industri seni,” kata Shakir.

Album yang memakan masa pembikinan sebulan lebih ini menampilkan sedikit perbezaan berbanding album terdahulu. Dahulu album mereka banyak menampilkan lagu-lagu cinta, malah perkataan kasih juga begitu sinonim dengan mereka.

“Konsep album kali ini lebih matang. Kami menyentuh aspek kehidupan, ketuhanan berbanding dulu yang hanya memperkatakan tentang cinta. Nampaklah album kali ini lebih universal dan dewasa,” kata Hazimin.

Ditanya kelainan atau daya penarik dalam album tersebut, sambil tersenyum Hazimin berkata: “Dalam album ini kami berduet dengan Nazeri daripada kumpulan Raihan. Tajuk lagu tersebut ialah Kehidupan. Selain konsepnya, peminat dapat mendengar kelainan dari segi muzik dan bunyinya.”

Walaupun konsep album berubah namun sasaran pendengar kumpulan In-Team masih sama.

“Kami masih menyasarkan golongan pelajar institut pengajian tinggi, pelajar sekolah dan golongan dewasa untuk mendengar album kami,” kata Shakir.

Sementara itu, para peminat In-Team boleh melayari laman web www.inteam.com.my bagi mengetahui aktiviti anggota kumpulan tersebut.

“Melalui laman web ini, peminat dapat mendengar lagu-lagu kami, membaca tentang pembikinan album dan mencari maklumat-maklumat berkaitan persembahan kami,” kata Rahim.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.