saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 24/02/2006

Tindakan ke atas NST akan ikut peraturan

SEREMBAN 23 Feb. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, tindakan ke atas akhbar The New Straits Times (NST) yang menyiarkan kartun mengaitkan isu karikatur menghina Nabi Muhammad s.a.w akan diambil berdasarkan peraturan sedia ada.

Perdana Menteri berkata, walaupun NST adalah sebuah akhbar yang telah lama diterbitkan tetapi tidak ada kelonggaran akan diberikan jika didapati bersalah.

``Saya sedang menunggu laporan dari Kementerian Keselamatan Dalam Negeri kerana NST telah diberikan surat tunjuk sebab serta sedang menunggu surat penjelasan daripada akhbar tersebut,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penyerahan bayaran kepada tuan-tuan tanah Felda Sendayan, di sini hari ini.

Abdullah ditanya sama ada kelonggaran akan diberikan kepada akhbar tersebut yang menyiarkan kartun lakaran Willie Miller dalam ruangan coffee break, Isnin lalu.

Perdana Menteri menegaskan, setiap tindakan perlu mengikut peraturan sedia ada kerana jika tidak, ia akan menjejaskan kredibiliti kerajaan.

Tegasnya, setelah semua perkara dipertimbangkan, barulah keputusan akan dibuat.

Kartun yang disiarkan oleh akhbar berbahasa Inggeris tempatan itu menggambarkan seorang pelukis karikatur sedang duduk menunggu pelanggan untuk melukis karikatur Nabi Muhammad s.a.w.

Kartun itu kemudiannya diulang cetak oleh akhbar itu semalam bersama-sama komentar lidah pengarangnya.

Penyiaran kartun tersebut mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), yang bergabung di bawah Majlis Angkatan Permuafakatan NGO-NGO Malaysia (Mapan).

Badan itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Kuala Lumpur pada pukul 3.30 petang kelmarin.

Sebelum ini, permit penerbitan akhbar tertua di Sarawak, Sarawak Tribune, ditarik balik serta-merta pada 9 Februari lalu dan penerbitan akhbar Guang Ming Daily, edisi petang, digantung selama dua minggu mulai 16 Februari kerana menyiarkan semula karikatur yang menghina Nabi Muhammad s.a.w.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.