saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/02/2006

Tiada tindakan ke atas NST

KEPALA BATAS 24 Feb. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan tidak akan mengambil tindakan terhadap akhbar The New Straits Times (NST) yang menyiarkan kartun mengaitkan isu karikatur menghina Nabi Muhammad s.a.w setelah akhbar itu memohon maaf secara terbuka di muka hadapannya hari ini.

Menurut Perdana Menteri, beliau menerima permohonan maaf akhbar itu dan menyifatkan isu itu telah selesai.

Katanya, akhbar itu turut menyuarakan rasa kesal dengan apa yang berlaku sehingga menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai dan menyifatkan isu telah selesai.

``Setelah mereka minta maaf secara terbuka, tidak ada apa-apa syarat dan mengakui apa yang mereka lakukan itu telah menimbulkan pelbagai reaksi, ada yang sokong, ada yang tak sokong.

``Tidak ada apa-apa tindakan akan diambil. Dari segi undang-undang, ia tidak bersabit dengan lukisan karikatur Nabi Muhammad s.aw. Itu sebenarnya menjadi perkara yang berkaitan dengan keputusan ini,'' tegasnya.

Abdullah berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar `Guru Penyayang Pemangkin Pembinaan Insan' di Pusat Budi Penyayang, di sini hari ini.

Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan bertanggungjawab berhubung permit akhbar di negara ini, ditanya mengenai kemungkinan kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap NST yang menyiarkan kartun lakaran Willie Miller dalam ruangan Coffee Break, Isnin lalu.

Kartun yang disiarkan oleh akhbar berbahasa Inggeris itu menggambarkan seorang pelukis karikatur sedang duduk menunggu pelanggan untuk melukis kari-katur Nabi Muhammad s.a.w.

Menurut Abdullah, akhbar itu telah menyiarkan kenyataan memohon maaf di muka hadapan dan tidak ada berita-berita lain yang dimasukkan di muka surat itu.

``Ini menunjukkan NST benar-benar mahukan pembaca mengetahui mengenai pendirian mereka,'' ujarnya.

Beliau berkata, NST juga dimaklumkan bahawa tindakan mereka menyiarkan kartun itu `tidak elok'.

Perdana Menteri turut mempersoalkan tindakan para pengarang akhbar masih menyiarkan isu sensitif seperti itu walaupun beliau pernah memberi peringatan mengenainya.

``Saya dah pernah bagi ingatan sebelum ini supaya tidak menyiarkan karikatur yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

``Kalau dah ada berita mengenai tindakan yang telah diambil terhadap akhbar-akhbar lain sebelum ini, takkan mereka tak baca, mereka kena baca, mereka kena tahu, editor-editor mereka tahu,'' katanya.

Mengenai dakwaan bahawa Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan karikatur Nabi Muhammad s.a.w menerusi Berita Mandarin di TV2 pada 3 Februari lalu, Abdullah berkata, beliau akan mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

``Saya pun ada dengar, biar saya dapatkan maklumat sepenuhnya,'' ujar beliau.

Akhbar NST hari ini mengaitkan laporan mengenai tindakan RTM menyiarkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad s.a.w itu sebagai menunjukkan kesilapan boleh dilakukan sesiapa sahaja.

Sementara itu, ketika merasmikan Masjid Jamek Al-Hidayah, Kuala Muda di sini, Abdullah menyeru masyarakat majmuk negara ini mengambil pengajaran daripada isu tersebut dengan memperkukuhkan kefahaman tentang ajaran agama pelbagai kaum.

Beliau berkata, kefahaman tersebut penting bagi mengelakkan anggota masyarakat menyentuh isu-isu sensitif terhadap penganut agama lain sehingga menimbulkan kemarahan dan menyinggung perasaan.

``Seperti yang kita tahu, agama kita melarang melukis gambar Rasulullah, tidak ada siapa yang boleh buat begitu.

``Tetapi bagi orang yang tidak faham maka dia kata tidak ada apa-apa, itu dia kata, tetapi bagi kita lain, sebab itu kefahaman tentang agama itu penting,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.