saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 27/02/2006

2 lelaki Indonesia mati tertimbus

JEMPOL 26 Feb. - Dua lelaki warga Indonesia mati tertimbus apabila tebing setinggi 10 meter di kawasan projek perumahan Taman Khaya Bahau di sini runtuh petang ini.

Mayat kedua-dua mangsa yang berusia sekitar 30-an itu sehingga kini masih belum dikenal pasti dan pihak polis sedang menunggu majikan atau saudara mereka untuk menuntutnya.

Semasa kejadian berlaku kira-kira pukul 1.45 petang, kedua-dua mangsa bersama tiga rakannya sedang memasang cerucuk di bahagian bawah tebing berkenaan untuk membina tembok konkrit.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supritendan Meyor Hamdan Meyor Mohamad berkata, secara tiba-tiba tebing tersebut mula merekah dan runtuh dengan perlahan-lahan.

``Melihat keadaan tersebut mereka cuba melarikan diri tetapi salah seorang daripadanya tersangkut pada cerucuk berkenaan.

``Seorang daripada mangsa telah berpatah balik untuk membantu rakannya bagaimanapun keadaan berubah dengan cepat apabila bahagian atas tebing terbabit runtuh dan menimbus kedua-dua mangsa manakala seorang lagi mengalami kecederaan di kaki.

``Runtuhan tersebut menyebabkan salah seorang daripada mereka telah tercucuk besi dari bahagian mata sehingga menembusi kepala,'' katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Operasi menyelamat diketuai oleh beliau melibatkan 10 anggota polis dan tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau.

Meyor Hamdan berkata, mayat pertama ditemui kira-kira pukul 2.30 petang manakala seorang lagi mangsa yang tertimbus sedalam 10 meter ditemui pada pukul 4 petang ini.

``Kerja-kerja pembinaan di kawasan berkenaan bermula kira-kira sebulan lalu dan telah siap hampir 50 peratus, tebing tersebut telah diratakan sehingga berkedudukan 90 darjah.

``Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung identiti mangsa dan punca kejadian ini,'' katanya.

Tambah beliau, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Bandar Sri Jempol untuk bedah siasat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.