saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/03/2006

Lips tidak mahu bersandar pada rupa


LIPS yang dianggotai oleh (dari kiri) Adila, Shela dan Oshin sering berlatih bersama di rumah Oshin setiap kali hendak mengadakan persembahan.


SATU demi satu kumpulan remaja seperti Feminin, Elite, Res2, Freshies dan M’Steen muncul pada tahun 1990-an, tetapi nampaknya tidak ada satu pun yang dapat mengekalkan kedudukan hingga ke hari ini.

Entah di mana silapnya, kumpulan yang dianggotai oleh gadis-gadis manis dan jelita itu tidak boleh kekal lama. Kemunculan mereka begitu cepat, dan rupa-rupanya begitu cepat juga mereka menghilang!

Kini ketika kita menyaksikan satu demi satu kumpulan gadis-gadis manis hilang, muncul pula tiga gadis remaja yang sama cantik untuk mencuba nasib dalam bidang seni.

Menggelarkan diri mereka Lips, kumpulan itu dianggotai oleh Oshin, Adila dan Shela. Walaupun tahu wajah manis mereka tidak menjanjikan apa-apa yang kekal namun mereka tetap tabah dan cekal untuk bersama.

Bermula dengan sesi uji bakat di PRO Studio, Cheras milik syarikat rakaman SRC, mereka akhirnya ditemukan. Walaupun mereka ibarat ikan di laut asam di darat kerana Oshin dan Shela dari Kuala Lumpur sementara Adila dari Sungai Petani, Kedah tetapi mereka ditemukan dalam satu album.

Kini mereka berdebar menanti kelahiran single pertama yang menampilkan lagu Cintakan Bersatu.

“Semasa uji bakat kami memang tidak pernah bertemu, cuma pada Ogos tahun lalu buat pertama kali kami ditemukan untuk bersatu di bawah satu nama Lips. Kemudian pada Oktober barulah kami memasuki studio untuk rakaman album.

“Kami memilih nama Lips atau bibir kerana ia melambangkan kewanitaan dan kecantikan. Kami yakin trio kami akan mampu mengharungi dunia seni yang penuh cabaran jika kami saling bekerjsama dan berusaha ke arah itu,” kata Oshin.

Menyedari cabaran tersebut, dalam seminggu sekurang-kurangnya tiga kali Shela dan Adila yang kini tinggal di Kuala Lumpur pergi ke rumah Oshin untuk berlatih menyanyi dan menari sementara album mereka muncul pada Mac ini.

“Kalau kita mahu dikenali dalam bidang seni, kita tidak boleh bersandar pada rupa sahaja. Apa yang penting ialah kita mesti mempunyai vokal yang mantap.

“Sebab itulah saya dan Adila sering datang ke rumah Oshin untuk berlatih menyanyi dan menari supaya persembahan kami tidak kaku dan membosankan,” kata Shela.

Dengan berpandukan steps yang diajar oleh koreografer Fathee Abdullah dan Ricky, Lips berharap mereka mampu memukau penonton ketika di pentas.

“Sebagai kumpulan trio kami cuba melakukan yang terbaik dan sentiasa memperbaikki diri. Hanya penonton yang dapat menilai kemampuan kami,” kata Oshin pula.

Promosi

Pepatah Melayu ada mengatakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah dengan Lips. Walaupun album mereka baru diedarkan tetapi mereka telah dipilih untuk mengikuti konsert bergerak ke seluruh negara oleh sebuah stesen TV swasta bermula April ini.

Konsert tersebut yang akan berakhir pada November ini bagaikan tuah yang datang bergolek kepada Lips.

“Kami tak sangka dipilih oleh stesen TV berkenaan. Sebagai kumpulan baru peluang ini satu rahmat untuk kami menonjolkan kemampuan diri,” kata Adila.

Antara tiga anggota Lips, nama Oshin dikira memang menarik kerana bila disebut nama itu kita akan teringat sebuah drama bersiri Jepun yang pernah menarik perhatian penonton sekitar tahun 1986.

Oshin yang disiarkan di RTM TVI pada setiap hari Isnin hingga Jumaat selama sejam mulai pukul 4.30 petang itu sentiasa dinantikan setiap wanita terutama suri rumah.

Ketika kebanyakan wanita menyaksikan siri yang diminati ramai itu, ibu Oshin, Rohani Mahmud, ketika itu berusia 26 tahun, sedang menanti saat-saat melahirkan anak keempatnya.

Disebabkan terlalu minat dengan siri drama Oshin, Rohani yang mahu bersalin di rumah ibunya di Klang meminta bidan kampung menanti sehingga drama tersebut habis.

“Walaupun ketika itu uri tersangkut alhamdulillah anak keempat saya selamat dilahirkan lalu saya dan suami (Mohd. Nasir) menamakannya Nurulhuda.

“Tetapi memikirkan kenangan menonton drama bersiri Oshin, kami sekeluarga memanggilnya dengan nama itu sejak kecil hinggalah sekarang. Nama Nurulhuda hilang sebaliknya kami sekeluarga memanggilnya Oshin,” kata ibu Oshin.

Oshin kini berusia 20 tahun.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.