saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/03/2006

Siti Nurhaliza menang tiket ke Los Angeles

SITI NURHALIZA terpilih sebagai pemenang pakaian tercantik pada majlis Breakfast With The Stars yang dianjurkan di Kuala Lumpur sempena Anugerah Academy semalam. Bersama kemenangan tersebut Siti menerima dua tiket penerbangan ke Los Angeles menyaksikan Anugerah Grammy pada tahun depan.

Siti memenangi kategori itu pada majlis yang dianjurkan oleh Star Movies, Astro sempena Anugerah Academy ke-78. Ia diadakan di Hotel Ritz-Carlton, Kuala Lumpur.

Selain itu, Siti turut menerima sebuah kamera Nikon berharga RM1,468 dan barangan Giorgio Armani bernilai RM3,000.

Siti menggayakan busana rekaan Radzuan Radziwil yang berkonsepkan pakaian Melayu serta aksesori daripada Chopard yang dihias indah oleh Nurul Syukor.

Program yang berlangsung selama hampir enam jam itu dimulakan seawal pukul 8 pagi dengan acara karpet merah oleh selebriti tanah air.

Pada majlis itu, kesemua selebriti terlibat turut bersarapan pagi bersama 60 pelanggan bertuah Astro sambil menonton siaran langsung anugerah Oscar di hotel tersebut.

Penganjuran acara itu adalah sempena ulang tahun ke-10 Astro.

Antara selebriti yang hadir pada majlis itu ialah Fasha Sandha, Fazura, Zizan, Sazzy Falak, Nazril Idrus, Ashraf Sinclair, Nana AF1, Zahid AF2 dan Misha Omar.

Siaran rakaman majlis itu akan disiarkan di Channel V melalui rancangan The Ticket pada pukul 8 malam esok (8 Mac).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.