saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/03/2006

Abby Fana kini bahagia dengan Sinar fm


PENAMPILAN Abby Fana seperti gadis 20-an walaupun anak sulungnya sedang menuntut di tingkatan empat.



Sejak pertengahan bulan Januari lalu, suara penyampai radio Abby Fana tidak lagi kedengaran di stesen radio THR fm. Abby atau nama sebenarnya Habsah Omar pasrah mengikut pusingan roda kehidupan manusia yang sentiasa dihambat perubahan. Hari ini celoteh ceria Abby Fana hanya dapat didengar di stesen radio Sinar fm mulai pukul 10 pagi hingga 2 petang dalam slot rancangan Bersama Abby Fana.

Menurut Abby, dia terlalu gembira apabila diterima menjadi ‘keluarga’ Sinar fm. “Ia adalah saat paling indah dalam hidup saya,” kata Abby ketika ditemui baru-baru ini.

Mesra dengan panggilan Abby sahaja, wanita kecil molek yang manis dan anggun berkebaya pada pertemuan dengan MEGA itu ceria menceritakan tentang kerjanya di Sinar fm.

Katanya, slot rancangannya adalah bebas dan tidak terikat dengan topik tertentu.

Menurut Abby, masa dia ke udara merupakan peralihan dari waktu pagi ke tengah hari yang memerlukan topik semasa yang ceria.

Dia berkata, banyak perkara yang perlu dipelajarinya di Sinar fm.

“Tetapi pada masa sama saya tidak menghadapi masalah me nyesuaikan diri dengan konsep retro Sinar fm iaitu irama lagu 80-an dan 90-an.

“Kebetulan saya juga meminati irama-irama itu,” kata Abby yang terus berada di konti radio selepas masa bertugasnya tamat.

Abby bekerja selama empat tahun bersama THR fm.

Kini dia lebih memfokuskan kepada irama lagu-lagu masa kini yang popular dan berceloteh dengan pendengar daripada pelbagai lapisan umur.

Ditanya perasaannya tentang cakap-cakap orang yang mengatakan Sinar fm adalah untuk pendengar berumur sahaja, Abby ketawa besar.

Katanya: “Saya tidak pernah rasa tua di Sinar fm. Sebaliknya, saya rasa sebaya dengan semua pendengar. Jangan terkejut kerana sebenarnya ramai pendengar Sinar fm adalah pelajar IPT.

“Itulah kelebihan Sinar fm. Semua golongan umur adalah pendengarnya.

“Tapi stesen radio yang disasarkan kepada golongan remaja pula, belum tentu dapat diterima oleh pendengar yang berumur,” kata Abby.

Abby memberitahu, dia tidak dapat melupakan memori indah bersama THR fm yang telah menyemai cinta paling mendalam dalam dirinya terhadap tugas sebagai deejay.

Bagi Abby, di sanalah dia belajar mengenali apa itu erti cinta sebenar dalam kerjaya penyampai radio.

Di sanalah juga nama Abby Fana mula dikenali dan berada sebaris dengan penyampai radio popular tanah air yang lain.

Mengulas mengenai kerjayanya bersama rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan stesen swasta TV3, Abby berkata, hatinya masih setia dan gembira di sana walaupun dia terpaksa berkejar waktu.

“Saya masih pengacara MHI tetapi hanya bertugas dua hari dalam seminggu.

“Habis tugas di MHI pukul 9 pagi, saya terus ke Astro kerana slot saya di Sinar fm bermula pukul 10 pagi.

“Pernah sekali saya sampai lewat akibat kesesakan jalan raya. Sampai sahaja, saya terus ke udara,” cerita Abby yang memiliki sifat ceria dan peramah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.