saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/03/2006

Siti Nurhaliza-Datuk K merungkai rahsia cinta


Apabila hati sudah dimiliki, rahsia diri bukan lagi menjadi milik peribadi. Tatkala cinta berbunga yang kelopaknya kasih dan rindu akhirnya terluah kepada khalayak, “Hatinya sudah dimiliki.”

Indahnya menyulam cinta, riak-riak bahagia terbayang melimpah daripada wajah dan tutur bicara memberitahu cinta membuat manusia berasa bahagia.

Semua akhbar utama menyiarkan pengakuan cinta penyanyi ini buat pertama kalinya kepada umum. Sebelum ini Siti Nurhaliza lebih banyak menepis, tersenyum dan menukar tajuk bicara apabila ditanya tentang Datuk K dalam hidupnya.

Indahnya “percintaan bersamamu”

“Sememangnya hati Siti sudah dimiliki,” katanya tanpa ragu-ragu dengan senyuman yang tidak lekang daripada bibir. Meskipun Siti merahsiakan identiti lelaki yang berjaya mencuri hatinya, umum telah membuat telahan bahawa lelaki itu adalah Datuk Khalid Mohd. Jiwa yang selama ini dikenali sebagai Datuk K.

Itulah orangnya yang dikaitkan dengan Siti sejak tahun lalu tetapi media lebih banyak merujuk namanya sebagai Datuk K sahaja.

Khalid atau Datuk K adalah hartawan muda berusia 47 tahun yang dikatakan intim dengan Siti semenjak awal tahun 2005. Malah duda beranak tiga ini juga antara penonton istimewa di konsert Siti Nurhaliza Royal Albert Hall, London pada 1 April tahun lalu.

Bermula dengan kehadirannya ke konsert penting itu, angin mula bertiup mengatakan kedua-duanya ada hubungan istimewa. Malah jambangan mawar merah menguatkan bahawa mereka bukan “kawan biasa”.

Pun begitu, kedua-duanya cuba merahsiakan daripada pengetahuan media. Malah pada awalnya Siti menafikannya sama sekali. Mungkin pada fasa itu mereka baru sahaja berkawan dan saling mengenali hati budi, masih kurang yakin dengan kekuatan cinta yang ada.

Siti turut memberitahu, hatinya terluka dengan pelbagai gosip tidak benar yang sedang melanda dirinya pada ketika itu yakni gosip dengan Datuk K.

Merentasi fasa baru

Dalam satu perbualan saya dengan Siti baru-baru ini (sebelum mengumumkan percintaannya) Siti mengakui dia sedang merentasi fasa baru dalam kehidupan.

Siti menegaskan bahawa hati dan perasaannya berubah mengikut waktu dan keadaan.

“Usia sudah dewasa dan masa berubah, pemikiran Siti juga sudah berubah. Siti sangat berharap agar masa depan akan menjadi lebih baik lagi,” katanya tanpa menjelaskan dengan lanjut.

Realitinya Siti tidak lagi gadis comel yang manis dengan wajah keanak-anakan pada usia 17 tahun. Tetapi peningkatan usia menjadikan dia sebagai wanita yang semakin dewasa.

Justeru sewajarnya hati Siti juga sudah bersedia untuk menerima kehadiran suatu rasa yang dinamakan cinta.

“Tetapi ramai juga yang masih melihat Siti sebagai gadis berusia 17 tahun, sama macam mula-mula Siti hendak menyanyi dulu.

“Sebab itu bila Siti tukar apa-apa sikit, orang mula fikir lain. Mereka masih lagi cop kita sebagai budak-budak lagi,” katanya sambil bergurau bahawa pada ketika ini dia sudah mula memasuki siri ketiga dalam fasa kehidupan.

“Maknanya nak masuk umur 30 tahunlah tu,” katanya. Siti mengakui dalam kehidupan ada kalanya dia sendiri tidak terlepas dari berhadapan dengan pandangan negatif. Sebagai anak seni, dunia yang dilewatinya menjadikan dia kalis dengan semua pandangan tidak baik orang lain kepada dirinya.

“Bila kena atau dituduh macam-macam Siti bertenang saja. Tak apalah, mungkin orang tak faham. Masa akan tentukan. Kalau sudah banyak sangat tekanan Siti kena pujuk diri sendiri atau menangis seorang diri saja,” katanya.

Rakan jadi kekasih

Sasterawan Inggeris Charles Caleb Colton pernah mengingatkan bahawa persahabatan dengan percintaan ibarat dua sungai yang bersatu di muara. Malah Charles pernah berkata, “Persahabatan tidak mustahil berakhir dengan percintaan tapi tidak ada percintaan yang berakhir dengan persahabatan.”

Pancaindera difahamkan cinta antara Siti Nurhaliza dan Khalid bermula dengan hubungan rakan perniagaan. Syarikat Siti iaitu Siti Nurhaliza Production (SNP) dalam perancangan untuk menghasilkan filem usaha sama dengan ahli perniagaan itu.

Skrip filem mengenai kisah kehidupannya dan akan dilakonkan sendiri oleh Siti ini sepatutnya ditulis oleh Habsah Hassan sementara Ahmad Idham selaku pengarah.

Siti juga dikatakan mesra dengan keluarga ahli perniagaan berkenaan sebelum ini termasuk dengan bekas isteri Khalid, seorang kerabat diraja.

Bagaimanapun takdir menentukan segala-galanya. Apakah jodoh antara Siti dan Datuk kacak itu bakal bersatu ke jenjang pelamin?

Tapi setakat rencana ini ditulis Khalid tidak memberikan apa-apa komen. Beliau hanya berkata, “Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan.”

Cara Siti bersyukur

Kepada negara – Siti sentiasa mendoakan yang terbaik untuk keamanan negara. Menghargai banyak pihak yang cuba hendak bekerjasama dan membantu kerajaan bagi seadil-adilnya. Dalam persembahan apa-apa pun, keutamaan akan Siti berikan kepada pihak kerajaan.

Kepada agama – Siti sentiasa ingat tanggungjawab orang Islam. Keluarkan zakat dan menolong mana-mana yang patut orang yang memerlukan. Berkadar dalam apa yang dilalui dan kena ingat kita tak selalunya di atas. Perlu selalu bermuhasabah diri.

Kepada ibu bapa – Siti membalas dengan sebaik mungkin jasa-jasa mereka. Sediakan apa yang patut sebagai anak. Beri mereka bahagia selagi ada di dunia.

Kepada diri sendiri – Perlu menghargai dan rasa lebih gembira dengan apa yang Siti ada. Siti akan pastikan yang Siti tak pernah menyesal dengan apa juga kekurangan diri. Bersyukur dan sentiasa ingatkan diri jangan ada sikap riak dan bersederhana dalam kehidupan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.