saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 13/03/2006

Jom Heboh ganti Sure Heboh

NILAI 12 Mac - Setelah hampir empat tahun menggunakan nama Karnival Sure Heboh, Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) akhirnya membuat keputusan menggunakan nama baru iaitu Karnival Jom Heboh.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd., Datuk Farid Ridzuan berkata, keputusan itu adalah sejajar dengan usaha memartabat dan memperkasakan bahasa Melayu.

``Kami akur dengan usaha kerajaan yang cuba mengangkat bahasa Melayu ke tahap yang sewajarnya.

``Sebagai tanda sokongan terhadap usaha itu, kami mengambil keputusan menukarkan nama Karnival Sure Heboh yang sudah tidak asing lagi di kalangan para penonton setia TV3,'' katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Penggunaan nama Karnival Sure Heboh sebelum ini dikritik oleh pelbagai pihak terutamanya pencinta bahasa kerana menggabungkan perkataan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Kata Farid, pertukaran nama atau jenama itu bagaimanapun berlaku secara berperingkat dan untuk permulaan, TV3 akan memastikan penyampainya tidak lagi menggunakan nama Karnival Sure Heboh.

``Barangan promosi dan kemeja rasmi untuk destinasi kami di Nilai pada hari ini dan semalam juga masih menggunakan nama lama, kami akan menukarkan semua ini kepada nama baru secepat yang mungkin.

``Lebih penting pada masa ini ialah TV3 ingin dilihat sebagai sebuah stesen televisyen yang sensitif dengan usaha kerajaan,'' tegasnya.

Beliau berkata, penonton akan dapat melihat promosi karnival yang menggunakan nama baru itu untuk destinasi yang ketiga pada tahun ini iaitu Melaka pada 1 dan 2 April ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.