saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 14/03/2006

Kembar dapat 14A dalam SPM

ALOR STAR 13 Mac - Pelajar kembar dari Maktab Mahmud di sini muncul antara pelajar terbaik di Kedah selepas cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005 yang diumumkan hari ini.

Muhammad Faiz dan Muhammad Farid Mohd. Fauad, 18, masing-masing memperoleh 14A daripada 16 mata pelajaran yang diambil.

Muhammad Faiz mendapat 13 1A, 1 2A dan 2B manakala abangnya Muhammad Farid pula memperoleh 12 1A, 2 2A dan 2B.

Mereka merupakan anak kepada kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Mohd. Fauad Ibrahim, 48, dan Azizah Mohamad, 42.

Menurut Muhammad Faiz, ibu bapanya mengimpikan untuk melihat mereka menjadi doktor yang mengamalkan perubatan secara Islam.

Katanya, mereka sering diingatkan supaya belajar bersungguh-sungguh dan pada masa yang sama tidak lupa mengerjakan perintah Tuhan dan selalu berdoa kepadaNya.

``Kami akan memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Kaherah, Mesir bagi merealisasikan impian ibu bapa kami,'' katanya di sini hari ini.

Menceritakan mengenai rahsia kejayaan mereka, Muhammad Farid memberitahu, mereka memperuntukkan masa selepas solat Maghrib untuk mengulang kaji pelajaran.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.