saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 16/03/2006

Jakam: Penyokong kerajaan kurang senang


KUALA LUMPUR 15 Mac - Cadangan ditubuhkan Jabatan Kemajuan Agama-Agama di Malaysia (Jakam) oleh seorang penyokong kerajaan menimbulkan rasa kurang senang Ahli-Ahli Parlimen pembangkang dan penyokong kerajaan.

Loh Seng Kok (BN-Kelana Jaya) yang berucap menyokong usul terima kasih terhadap titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini mengusulkan cadangan itu berdasarkan kepada prinsip kebebasan hak beragama mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Malah, Ahli Parlimen itu percaya pelan tindakan pragmatik menggalak dan memupuk persefahaman serta hubungan harmoni rakyat berbilang agama perlu bermula dari sektor awam.

Beliau berkata, persamaan nilai yang universal antara agama perlu ditonjolkan, selaras peruntukan Perlembagaan Persekutuan supaya kebebasan hak beragama dihormati manakala Islam sebagai agama rasmi negara difahami semua.

``Sebagai langkah pengiktirafan kepada agama lain, mematuhi prinsip kebebasan hak beragama mengikut Perlembagaan, mungkin sudah tiba masanya saya mencadangkan kerajaan menubuhkan Jakam.

``Selama ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berjaya mengurus dan mengendalikan hal ehwal Islam dengan baik, maka hal ehwal kerohanian penduduk bukan beragama Islam perlu dititikberatkan dan dipelihara kerana mereka adalah sumber manusia yang signifikan terhadap pembangunan negara,'' katanya.

Jakam yang dicadangkan itu kata beliau, boleh berfungsi dan bertanggungjawab mengikut rujukan bidang kuasa seperti Jakim bagi agama bukan Islam.

Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) yang nyata kurang senang bangun mencelah meminta Seng Kok supaya berhati-hati dengan cadangan itu kerana ia boleh menjejaskan hubungan antara kaum.

``Janganlah cuba kita timbulkan seolah-olah ada rasa tidak senang di kalangan penganut agama lain kerana kalau kita bangkitkan perkara sensitif, ia tidak akan selesai di majlis perundingan.

``Tafsiran terhadap cadangan Yang Berhormat Kelana Jaya itu boleh dipelbagaikan oleh orang awam,'' katanya.

Seng Kok kemudian menegaskan, beliau berpegang kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang pernah menyebut persefahaman dan perpaduan bangsa perlu dipupuk jika negara berhasrat membentuk bangsa Malaysia yang jitu.

Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) bangkit dan berkata, titik hitam 13 Mei 1969 berlaku disebabkan jurang ekonomi yang luas antara kaum di negara ini ketika itu.

``Itu adalah fakta yang tercatat menerusi kajian bertulis golongan pengkaji sejarah tetapi kalau kita menyerap terlalu banyak fakta lain, ia boleh mencetuskan suasana kurang senang dan jurang perbezaan yang semakin jauh akan lebih meluas pada masa akan datang.

``Saya hormati dan bangga dengan kenyataan Ketua Pemuda MCA (Datuk Liow Tiong Lai) baru-baru ini yang mengatakan kita perlu menghormati kontrak sosial negara, itu tandanya beliau memahami konsep hidup bersama di Malaysia,'' katanya.

Datuk Badruddin Amiruldin (BN-Jerai) yang turut mencelah berkata, kaedah penyelesaian terbaik terhadap masalah membabitkan kaum ialah kefahaman mendalam terhadap Perlembagaan Persekutuan.

``Kita kena faham kandungan Perlembagaan, bukannya menghafal. Kalau rakyat Malaysia terutama generasi muda faham dan saling menghormati, tidak akan timbul isu yang kurang disenangi,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.