saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 20/03/2006

Nilai kesejahteraan sosial

GEJALA sosial mempunyai kesan negatif ke atas pertumbuhan psikologikal, fizikal, ekonomi dan pembangunan seseorang individu dan sesebuah negara.

Perlakuannya yang negatif secara terus menyebabkan situasi baru iaitu economic dysfunctioning.

Economic dysfunctioning berkaitan kemiskinan, pengangguran dan penghijrahan sama ada dari dalam atau luar bandar yang mampu dilihat sebagai masalah sosial, selain faktor pendorong kepada pelbagai lagi masalah yang bakal dihasilkan.

Realitinya, masalah sosial menyebabkan peningkatan kos sosial, sekali gus menjejaskan keseimbangan pembangunan negara.

Kerana itulah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lalu, mengehendaki setiap projek pembangunan seluruh peringkat yang hendak dilaksanakan perlu menyediakan kajian terhadap kesan sosial membabitkan masyarakat setempat.

Selaku Pengerusi Majlis Sosial Negara (MSN), beliau berkata, langkah itu bagi memastikan setiap projek yang dilaksanakan akan menjamin kesejahteraan masyarakat dalam usaha membendung gejala sosial yang kian meningkat ketika ini.

Umumnya, kata Najib, kerajaan ambil maklum tentang trend gejala sosial yang berterusan, dalam erti kata peningkatannya masih ketara melibatkan semua petunjuk yang telah dikumpulkan seperti penderaan kanak-kanak, pembuangan bayi, sumbang mahram dan penagihan dadah.

Dalam Konvensyen Memerangi Gejala Sosial anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM) dan Pejabat Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dua tahun lalu, masalah sosial seperti ini menjadi bahan utama kajian kes.

Gejala sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang melanda golongan remaja dan belia. Pada zaman remaja, seseorang itu berdepan dengan satu siri krisis identiti iaitu pembentukan dan pengembangan identiti diri. Kegagalan untuk mengatasi cabaran itu membuatkan remaja mengalami krisis kekeliruan.

Sebenarnya, tiada jalan pintas untuk mengatasi masalah sosial yang dihadapi remaja. Remaja merupakan satu kumpulan individu yang kompleks. Sebahagian masalah yang dihadapi mereka adalah juga masalah sosial yang dihadapi orang dewasa.

Hakikatnya, semua ibu bapa mengasihani anak-anak mereka dan menaruh cita-cita yang tinggi untuk menikmati kehidupan berkeluarga secara harmoni dan bahagia. Bagaimanapun, senario mengejar perbelanjaan harian menyebabkan tekanan emosi di kalangan ibu bapa. Masalah ini dapat diselesaikan seandainya ibu bapa memberikan perhatian secukupnya kepada anak-anak sejak kecil dan sentiasa berkongsi masalah dengan mereka.

Ibu bapa sepatutnya bukan sahaja menjadi `penjaga' mereka, tetapi juga `kawan' kepada anak mereka sendiri, di samping menimbulkan persekitaran kekeluargaan dan teknik keibubapaan yang sihat dan cemerlang.

Begitu juga dalam kes sumbang mahram. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2004 mendapati 4.4 juta remaja di dunia pernah menjalani pengguguran manakala 55,000 kes pengguguran berlaku setiap hari dengan 60 peratus daripadanya berlaku di kalangan remaja yang tidak berkahwin.

Menurut kajian itu juga, setiap tahun seorang daripada 20 remaja di dunia dijangkiti penyakit kelamin. Daripada 333 juta kes baru penyakit kelamin, 111 juta kes berlaku di kalangan belia di bawah 25 tahun.

Dalam mencari jalan mengatasi masalah seks luar nikah atau seks bebas ini, selain peranan didikan ibu bapa, banyak pihak mengutarakan pendidikan seks di sekolah-sekolah sebagai satu cara untuk memberi maklumat tentang seks kepada remaja.

Langkah ini diambil dengan harapan, maklumat itu akan membantu remaja membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi isu-isu seksual. Persoalan yang harus dibincangkan ialah apakah isi kandungan kurikulum pendidikan seks itu dan bagaimana ia harus diajarkan.

Pendidikan seks yang semata-mata mengajar remaja tentang aspek biologikal dan cara-cara untuk mengadakan hubungan seks yang selamat tidak begitu berkesan dalam membendung masalah ini. Menurut konvensyen anjuran ISM ini, ada kajian menunjukkan bertambahnya perlakuan seksual di kalangan remaja yang mendapat pendedahan tentang pendidikan seks pada umur yang muda.

Remaja terus melakukan hubungan seks dengan perlindungan seperti kondom, pil kontraseptif dan sebagainya yang kerap kali tidak menjamin keselamatan mereka sepenuhnya. Negara-negara seperti Britain dan Amerika Syarikat yang memberi pendidikan seks kini semakin dilanda masalah yang dibawa oleh amalan seks bebas di kalangan remaja mereka.

Dalam kes sumbang mahram pula, ia dikaitkan dengan pencabulan seks yang berlaku di kalangan anggota keluarga iaitu perkahwinan sesama sendiri yang ditegah atau dari segi konteks Islamnya muhrim atau mahram.

Antara langkah yang boleh diambil untuk membendung kejadian sumbang mahram daripada berleluasa ialah dengan memberikan kemahiran keibubapaan secukupnya untuk pasangan suami isteri, memberikan pendidikan seks di sekolah yang memberi penekanan kepada bahagian badan, penjagaannya, pengawalannya dan mengenali batas perhubungan di antara lelaki dan wanita.

Selain itu, ajaran agama yang kukuh perlu dipraktikkan di kalangan anggota keluarga terutama tentang nilai-nilai kehidupan yang patut diikuti selain mengadakan pusat rujukan khidmat keluarga yang berterusan.

Bak kata Najib Jumaat lalu, umumnya selama ini kita memberikan tumpuan kepada pembangunan bersifat fizikal dan kewangan. Kita berasa puas hati apabila sesuatu projek serta program pembangunan dilaksanakan dan apabila dilaporkan, peruntukan 100 peratus dibelanjakan.

Sebaliknya, jarang dibuat perkiraan dan penilaian dari segi kesan sosial sejauh mana ia memberikan kesan ke atas kesejahteraan sosial.

Di sinilah letaknya ruang bagi perancang sama ada dari aspek agama, psikologikal, fizikal, ekonomi ataupun sosial memainkan peranan mereka sebagai `jurutera' dan `arkitek' pembangunan semasa dengan menggariskan panduan dasar, strategi dan program yang perlu dan sesuai dijalankan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.