saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 25/03/2006

Pelajar diperalat jika AUKU dimansuh

SINTOK 24 Mac - Pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 akan membuka semula ruang kepada ahli politik memperalatkan pelajar untuk kepentingan mereka.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, selama ini, kewujudan AUKU menyebabkan ahli politik yang berkepentingan, sukar menembusi tembok universiti untuk memperalatkan pelajar.

Beliau juga berkata, pemansuhan AUKU juga akan menyebabkan pencapaian akademik pelajar terutama bumiputera merosot.

``Sebelum AUKU diwujudkan, pencapaian pelajar kurang memberangsangkan kerana pemikiran mereka diganggu oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan politik,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab satu soalan daripada seorang pelajar pada majlis syarahan umum `Kepimpinan Mahasiswa' di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, pihaknya bimbang jika AUKU dimansuhkan, pelajar kurang menumpukan perhatian kepada akademik sebaliknya lebih banyak berpolitik kerana dipengaruhi idea yang merosakkan pemikiran mereka.

``Negara juga akan mendapat pemimpin yang kurang berkualiti akibat diasuh dengan politik negatif ketika di universiti,'' katanya.

Menurutnya, AUKU digubal selepas berlaku rusuhan pelajar selepas mereka terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu kononnya terdapat seorang kanak-kanak yang mati kebuluran di Baling, Kedah.

Para pelajar terbabit, katanya, telah ditanam dengan satu idea bahawa kerajaan yang memerintah ketika itu adalah zalim dan tidak berperikemanusiaan kerana membiarkan kanak-kanak tersebut mati.

``Bagaimanapun terbukti bahawa segala fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu itu tidak benar sama sekali dan lebih malang lagi, pencapaian pelajar yang mengikuti tunjuk perasaan itu merosot,'' jelasnya.

Berikutan itu, katanya, beliau yang merupakan Menteri Pelajaran ketika itu bertindak menggubal AUKU bertujuan mengembalikan semula matlamat asal pelajar di universiti.

``Selepas para pelajar disekat berdemonstrasi dan ahli-ahli politik dihalang memasuki universiti, pencapaian pelajar kembali meningkat,'' katanya.

Sambil berseloroh, Dr. Mahathir berkata, jika para pelajar mahu AUKU dimansuhkan, mereka perlu memilih kerajaan dan Perdana Menteri yang cenderung untuk berbuat demikian pada masa akan datang.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.