saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 26/03/2006

Inteam semakin matang

SETELAH puas dengan lagu-lagu yang berteraskan kasih, Inteam yang dulunya In-Team muncul dengan album terbaru mereka Tiada Lagi Kasih. Anggota Inteam yang terdiri daripada Muhammad Hazamin Harun (Amin), Mohd. Syahril Ab. Khalid (Syah) dan Abdul Rahim Osman (Rahim) mengakui mereka kini semakin matang. Bersesuaian dengan kematangan mereka maka lahirlah album yang lebih bersifat sejagat.

“Pada mulanya risau juga reaksi pendengar dan para sahabat Inteam. Sebab selama ini mereka sudah biasa dengan konsep sedemikian. Tapi alhamdulillah nampaknya sambutan yang diterima cukup baik. Jualan album juga sudah mencecah lebih 12,000 unit,” ujar Amin.

Menurut Syah pula keadaan ini membangkitkan lagi semangat untuk menemui sahabat-sahabat dan pendengar dalam program promosi di seluruh negara, khususnya di kampus-kampus universiti awam dan swasta.

Rakannya, Rahim pula menjelaskan, pelajar-pelajar universiti, mahupun kolej-kolej merupakan antara khalayak banyak yang memberi sokongan terhadap mereka.

Sempat juga bertanya apakah ada perbezaan besar selepas Suhaimi yang kini muncul sebagai penyanyi solo tidak bersama mereka lagi? Rahim memberitahu, memang ada perbezaan yang ketara selepas tinggal bertiga. Bagusnya, peminat memahami perubahan itu.

Namun yang nyata walaupun sudah menjadi trio (bertiga) semangat untuk bertapak kuat di arena seni ini tetap kental seperti mereka berempat dulu.

Bezanya kata Rahim, nama In-Team sudah menjadi Inteam (dirapatkan tanpa sengkang) konsepnya lebih dewasa dan muziknya lebih variasi.

“Kami juga semakin dewasa, tentunya sudah tiba bagi membuat sesuatu perubahan dan berkesan maka itulah lahirnya Tiada lagi Kasih,” ujar Syah.

Perpisahan berlaku bukan sahaja kerana ketiadaan Suhaimi malah mereka juga sudah berpisah dari Hijjaz Records setelah kontrak tamat tidak lama dulu dan kini bernaung dalam syarikat baru, Inteam Records.

Puas menimba pengalaman, kini bekas anak didik Hijjaz sudah mampu berdikari dan bersedia dengan pancaroba industri seni. Malah, kata Amin, mereka kini berhenti kerja dan menumpukan perhatian sepenuh masa terhadap syarikat yang baru ditubuhkan bersama seorang lagi sahabat mereka Izham Shah Mat Anuar.

Sesuai dengan nama dan konsep baru, lagu mendayu hampir tiada dalam album ini dan diceriakan dengan irama Malaysia, pop, R&B dan nasyid kontemporari.

Dalam album ini, pelbagai genre muzik dihimpunkan dengan tujuan untuk memenuhi selera khalayak yang lebih besar termasuk memuatkan sebuah lagu Inggeris Stand Together ciptaan Syah.

Selain Stand Together, antara lagu yang menarik ialah Senandung Budi oleh Rahim, manakala lirik oleh Aliff Lam Ra, Tanpamu sentuhan Akhmal (Mirwana), Kehidupan sentuhan Nazrey Raihan, Segenggam Tabah ciptaan Fadzly Far East.

Album ini diterbitkan oleh Inteam dan penerbit eksekutifnya Izham Shah. Lagu atau single pertama nya Tanpa Mu selaras dengan kempen yang dilancarkan oleh kerajaan iaitu Belia Benci Dadah.

Malah Tanpa Mu merupakan satu-satunya lagu yang mengekalkan ciri-ciri In-team dulu dan ia mencetuskan keinsafan di kalangan pendengar.

Kehidupan merupakan lagu duet Inteam bersama kumpulan Nazrey Raihan. Selain lagu tersebut Pemergian Mu sentuhan Frizdan membuat mereka benar-benar sebak.

Tatkala merakamkan album, mereka bertiga tiba-tiba terasa sebak bukan sahaja kerana melodinya yang berkesan malahan liriknya yang menyentuh perasaan.

“Lagu itu mengenai Nabi Muhammad yang begitu menyayangi umatnya sehinggalah sampai pada saat akhir sebelum baginda wafat.

“Liriknya juga begitu menyentuh hati dan hayatilah lagu itu, bila mendengarnya nanti,” ujar Amin lagi.

Amin, Rahim dan Syah berharap para peminat mahupun sahabat kelab Komuniti Teman Inteam (KTI) akan terus memberi sokongan kepada mereka seperti selalu.

Azam Inteam pula untuk sentiasa bekerja keras menghasilkan lagu-lagu nasyid terbaik dan mampu memenuhi cita rasa peminat dan pendengar keseluruhannya. Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Inteam bolehlah melayari laman web www.inteam.com.my

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.