saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 26/03/2006

Islam Hadhari rancangan jangka panjang

SEPANG 25 Mac - Pendekatan Islam Hadhari yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah perancangan jangka panjang bagi melihat masyarakat di negara ini mengamal nilai-nilai ajaran Islam dalam konteks yang lebih luas.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustafa Abdul Rahman berkata, tempoh masa itu perlu supaya 10 prinsip dalam Islam Hadhari itu tidak menimbulkan salah faham dan kebimbangan dalam negara yang komposisi rakyatnya berbilang kaum dan agama.

``Pendekatan Islam Hadhari samalah seperti konsep pertanian yang hasilnya tidak boleh dinikmati dalam tempoh jangka pendek kerana perkembangannya berlaku secara berperingkat-peringkat.

``Kami tidak mahu Islam Hadhari dianggap sebagai salah satu retorik politik kerana ia mampu melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri dari segi penguasaan ilmu, kemahiran dan kepakaran selain dapat memperbetulkan sebarang salah anggap bukan Islam,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja `Pengenalan Konsep Islam Hadhari' di Seminar Kebangsaan Islam Hadhari dan Pembangunan Ummah di sini, hari ini.

Dalam pembentangan itu, Mustafa telah menggariskan beberapa ciri penting yang terdapat dalam pendekatan Islam Hadhari yang berupaya menentukan hala tuju kehidupan masyarakat di negara ini.

Beliau berkata, antara ciri penting tersebut adalah ilmu, pembangunan seimbang, harta kekayaan, kesihatan dan menikmati perhiasan hidup.

``Ilmu merupakan asas kepada pendekatan Islam Hadhari kerana ia bukan hanya kunci iman tetapi juga mampu menjana pembangunan ekonomi umat Islam itu sendiri.

``Ciri kedua yang penting adalah pembangunan seimbang yang tidak hanya tertumpu kepada perkara fardu ain tetapi juga merangkumi ilmu yang tergolong dalam fardu kifayah,'' katanya.

Beliau berkata, Islam menganggap harta kekayaan sebagai satu nikmat tetapi ia mesti disuburkan mengikuti lunas-lunas agama manakala ciri kesihatan pula penting dalam usaha melahirkan masyarakat yang sihat dari segi mental dan fizikal.

``Islam tidak pernah mengajar umatnya memandang perhiasan dunia sebagai suatu yang jijik dan mendekatkan diri kepada syaitan,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.