saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 26/03/2006

Kerajaan tidak bercadang mansuh AUKU

KUANTAN 25 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak bercadang untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 tetapi bersedia mengkaji beberapa peruntukan yang ada dalam akta tersebut.

Malah kata Timbalan Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi sedang mengkaji beberapa peruntukan dalam akta itu pada masa ini.

Ditanya peruntukan yang dikaji semula itu, beliau berkata, masih terlalu awal untuk beliau mengetahui peruntukan tersebut.

``Ia sedang dikaji oleh kementerian berkenaan dan sekiranya AUKU perlu dipinda, kita akan pinda,'' katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Kejuaraan Rali Malaysia Felda-AAM 2006, di Bukit Goh, di sini hari ini.

Semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menghadiri satu majlis syarahan umum di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok berkata, kewujudan AUKU menyebabkan ahli politik yang berkepentingan, sukar menembusi tembok universiti untuk peralatkan pelajar.

Justeru, kata Dr.Mahathir, pemansuhan AUKU akan membuka semula ruang kepada ahli-ahli politik memperalatkan pelajar untuk kepentingan mereka.

Najib seterusnya berkata, sebarang pindaan terhadap peruntukan AUKU itu perlu disesuaikan mengikut keadaan semasa dan perlu mendapat maklum balas daripada semua pihak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.