saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 27/03/2006

Adi Putra pilih Sekolah Islam Antarabangsa

IPOH 26 Mac - Pelajar pintar, Adi Putra Abdul Ghani, memilih untuk meneruskan pelajaran di Sekolah Islam Antarabangsa di Gombak, Selangor serta mengikuti pendidikan tambahan di bawah bimbingan sekumpulan profesor akademik dan pakar psikologi kanak-kanak.

Lebih menggembirakan lagi, kerajaan negeri Terengganu sudah menghubungi bapa Adi Putra, Abdul Ghani Abdul Wahab, 48, untuk menunaikan janji mereka membiayai sepenuhnya kos persekolahan Adi Putra termasuk menanggung kos penginapannya sekeluarga di Gombak.

Adi Putra ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, dia berasa amat gembira selepas membaca kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di dalam akhbar semalam bahawa kementerian itu tiada halangan memberi pelepasan kepadanya untuk belajar di Seklah Islam Antarabangsa.

``Adi tak sabar nak masuk Sekolah Islam Antarabangsa, lagi pun sekolah inilah yang dicadangkan oleh idola Adi, Prof. Datuk Dr. Ismail Salleh supaya bersekolah di situ dengan dipantau oleh beliau dan rakan-rakannya,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Adi Putra lagi, dia mahu urusan pertukarannya segera dibuat oleh bapanya agar dia tidak terus ketinggalan berbanding berada di sekolah sekarang yang membuatkannya terlalu bosan untuk belajar.

Perkembangan terbaru ini menyusul selepas ibu Adi Putra, Serihana Elias, 31, mendedahkan bahawa anaknya itu menghadapi kemungkinan dibuang sekolah selepas menerima surat tunjuk sebab kerana terlalu kerap ponteng sekolah.

Serihana berkata, beliau menerima surat daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Matang Buluh, Bagan Serai, mengenai kemungkinan Adi Putra dibuang sekolah berikutan masalah disiplin yang dihadapi.

Sementara itu, Abdul Ghani memberitahu, beliau sudah menerima surat daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pelajaran yang memintanya memberi peluang kepada Adi Putra meneruskan pengajian di Sekolah Islam Antarabangsa seperti yang dicadangkan oleh Ismail.

``Satu lagi pilihan, Adi boleh memasuki Sekolah Islam Adni di Hulu Klang dengan mendapat pendidikan tambahan bersama sekumpulan profesor akademik dan pakar psikologi kanak-kanak yang dipilih oleh pihak sekolah,'' katanya.

Abdul Ghani menambah, sebagai bapa, beliau memberi sepenuh kepercayaan kepada Kementerian Pelajaran dan Ismail untuk mengatur perancangan masa depan anaknya dan peluang kepada Adi Putra memilih sekolah yang dirasakan sesuai dengan jiwanya.

Katanya, surat jawapan kepada Kementerian Pelajaran dan kerajaan negeri Terengganu berhubung persekolahan Adi Putra sedang dirangka dan akan dihantar segera bagi memaklumkan kepada pihak berkenaan mengenai hasrat Adi Putra meneruskan pengajiannya.

Ditanya mengenai masalah disiplin Adi Putra, Abdul Ghani memberitahu, beliau menerima satu lagi surat yang meminta penjelasan mengenai kenyataan akhbar berhubung kemungkinan Adi Putra dibuang sekolah serta tindakan tatatertib yang akan diambil terhadap anaknya itu daripada guru besar.

``Saya akan jawab surat tersebut dan berharap masalah disiplin Adi Putra akan selesai selepas dia berpindah ke Sekolah Islam Antarabangsa kerana yakin dia boleh meneruskan persekolahan lebih selesa setara dengan kemampuan dimiliki,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.