saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/03/2006

Lelaki terkejut lauk kepala ikan tongkol RM45

KUALA TERENGGANU 27 Mac - RM45 bagi seketul kepala ikan tongkol lauk nasi dagang.

Itulah harga yang dibayar oleh Hasbullah Ishak di sebuah kedai di Chendering dekat sini pagi tadi.

Hasbullah, 46, yang berasal dari Kampung Panji, Wakaf Mempelam dekat sini dan kini menetap di Putrajaya, berkata, harga yang begitu tinggi adalah melampau dan tidak munasabah.

Hasbullah, yang bekerja dengan sebuah syarikat swasta, memberitahu Bernama semasa beliau singgah makan di kedai berkenaan, isterinya yang ketika itu berada di Putrajaya, memintanya membeli kepala ikan tongkol itu untuk dibawa pulang.

``Selepas makan di kedai berkenaan, saya minta seorang mak cik membungkuskan kepala ikan tongkol itu dan bertanyakan harganya sekali.

``Saya amat terkejut apabila mak cik itu menyatakan harga kepala ikan itu RM45 seketul. Bagi memastikan saya tidak salah mendengarnya, saya berikan wang RM100 dan mak cik itu memulangkan bakinya RM55,'' katanya.

Hasbullah berkata, apabila beliau bertanya kenapa kepala ikan itu mahal sangat, wanita itu menjawab, harga itu adalah untuk ikan bersama nasi.

``Mahu tak mahu, saya ambil juga kepala ikan itu kerana ketika itu ramai pelanggan lain sedang menunggu,'' katanya.

Hasbullah berkata, ini bukan pertama kali beliau makan nasi dagang di kedai berkenaan, kerana setiap kali pulang ke Terengganu, beliau akan singgah di situ. ``Malah mak cik itu kenal saya,'' katanya.

Beliau telah melaporkan perkara itu kepada Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu petang ini.

- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.