saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 31/03/2006

Pembantu rumah Nazri larikan wang, barang kemas RM350,000

SHAH ALAM 30 Mac - Dua pembantu rumah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (kiri) melarikan barang kemas dan wang tunai bernilai kira-kira RM350,000 dalam kejadian di rumahnya di Jalan U1/6 Bukit Jelutong dekat sini awal pagi semalam.

Ketika kejadian antara pukul 1 pagi hingga 5 pagi itu, hanya anak lelaki Nazri dan dua pembantu rumah yang berusia 20 dan 30 tahun berada di rumah.

Nazri ketika ditemui Utusan Malaysia di Parlimen hari ini mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas mengenai jumlah kerugian yang dialaminya.

``Memang berlaku kecurian di rumah saya.

``Tetapi saya tidak mahu komen kerana polis sedang jalankan siasatan,'' kata beliau.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Yahya Udin berkata, pihaknya yang menjalankan siasatan mengklasifikasikan kejadian sebagai kecurian di dalam bangunan.

``Kedua-dua pembantu rumah warga Indonesia terbabit dipercayai menunggu sehingga anak lelaki menteri itu tidur sebelum melarikan barang kemas dan wang tunai.

``Saya difahamkan, seorang daripada pembantu rumah itu telah bekerja selama enam tahun manakala seorang lagi baru tiga bulan.

``Saya percaya pembantu rumah terbabit sudah mengetahui selok-belok rumah berkenaan dan di mana barangan berharga di simpan,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Yahya berkata, siasatan awal mendapati kedua-duanya dipercayai melarikan diri melalui pintu belakang berikutan polis menjumpai kesan umpil di situ.

Kata beliau, sehingga kini tiada sebarang tangkapan dibuat dan pihaknya telah mengedarkan gambar kedua-dua suspek di semua pintu masuk dan keluar utama di negara ini.

``Buat masa sekarang, berdasarkan siasatan dengan Jabatan Imigresen, kedua-dua suspek itu dipercayai pekerja sah di negara ini dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

``Kita juga sedang menyiasat sama ada kecurian ini dirancang dengan kerjasama pihak-pihak luar,'' katanya lagi.

Beliau menambah, kedua-dua suspek itu boleh didakwa di bawah Seksyen 381 Kanun Kesiksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.