saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 01/04/2006

Peranan agensi pemasaran pertanian dikaji semula

FUNGSI dan peranan Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan dikaji semula bagi meningkatkan penyelarasan dalam bidang pemasaran pertanian.

Langkah itu sejajar dengan tumpuan mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan pemasaran dan memperkukuhkan rangkaian global melalui pakatan strategik.

Program promosi akan dipergiatkan untuk meningkatkan penggunaan makanan yang mempunyai nilai pemakanan tinggi dan meningkatkan kesedaran mengenai aspek keselamatan keluaran makanan.

Bagi mengukuh pasaran komoditi makanan dan produk berasaskan makanan, usaha akan diambil untuk memastikan pematuhan keperluan antarabangsa.

Langkah juga akan diambil untuk meningkatkan pengumpulan, penggredan dan pemasaran hasil pertanian tempatan serta keluaran industri berasaskan makanan melalui Terminal Makanan Negara (Teman) serta pusat pengumpulan dan pengedaran baru di Sabah dan Sarawak.

Mekanisme untuk mendapatkan maklumat pasaran dan menjalankan perniagaan keluaran makanan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) akan dinaik taraf melalui sistem maklumat maya bagi penawaran dan permintaan.

Konsol pertanian termasuk Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia akan ditempatkan di negara-negara terpilih yang mempunyai potensi pasaran eksport tinggi bagi keluaran makanan.

Pemasaran komoditi pertanian untuk industri terutama minyak sawit akan bertumpu ke arah mewujud dan mengukuhkan pasaran khusus melalui penubuhan rantaian proses pengeluaran di lokasi strategik di sekitar rantau tertentu.

Ia akan menempatkan semula proses pembuatan di negara terbabit sebagai satu usaha untuk menembusi pasaran.

Kriteria dan Petunjuk Bagi Pensijilan Pengurusan Hutan Malaysia yang diiktiraf sebagai kaedah pengurusan hutan secara mapan akan diluaskan untuk memenuhi keperluan pengimport seperti Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.